suria

Nama adik kena petik, Shikin Maembong pula dapat tempias... “Ada ke masa mereka nak bergosip?”

Shikin (kanan) memilih untuk berdiam diri dan tidak terfikir untuk mengambil tindakan lanjut.

SELEPAS nama Emma dan Chacha Maembong dikaitkan dalam kontroversi membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies, kakaknya iaitu Shikin Maembong mengakui isu tersebut turut memberi tempias terhadapnya dan keluarga.

Shikin atau Siti Nur Ashikin Ismail, 41, bagaimanapun berkata mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang membuat pendedahan itu iaitu Sarah Yasmine.

"Keluarga tak masuk campur dan kami ambil pendekatan berdiam diri sampai selesai.

size NP 1 (96)

Emma dan Chacha dikecam gara-gara dikatakan menyibuk hal rumah tangga Aliff dan Bella.

"Nak panjangkan isu pun tak tahu siapa puncanya, tapi macam saya di Instagram, saya padam sahaja komen berkaitan isu tersebut.

"Tiada rancangan nak ambil tindakan undang-undang sebab kami tak tahu apa jadi dan tak boleh nak melulu ambil tindakan melainkan perkara itu betul," katanya kepada mStar.

Shikin berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka dan Pelancaran Kardinal Illumi Raya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Perbualan WhatsApp tersebar... Emma Maembong minta maaf jadi penyibuk, tiada niat campuri hal Aliff Aziz dan Bella

ARTIKEL BERKAITAN : Chacha Maembong rasa tercalar, tuntut Ruhainies bersihkan nama

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi rap Cat Farish itu berkata dia mengetahui isu panas membabitkan Emma dan Chacha itu apabila menjengah ke Instagram milik Sarah.

Shikin bagaimanapun berasa pelik kerana dua adiknya itu bukan seperti yang dipaparkan dalam mesej berkenaan.

"Saya tengok Sarah punya Instagram sebab tak tahu apa jadi, bila tengok ada nama adik-adik saya (Emma dan Chacha).

Keluarga tak masuk campur dan kami ambil pendekatan berdiam diri sampai selesai.

SHIKIN MAEMBONG

"Yang saya tahu Chacha bukan perangai suka ambil tahu hal orang lain, kemudian adik-beradik pun susah jumpa Emma dengan jadual kerja yang padat sampai tidur dalam kereta.

"Malah masa dengan keluarga dia pun kurang, saya terfikir ada ke masa mereka nak bergosip," ujarnya.

Pada 24 April lalu, Sarah mendedahkan pelbagai perbualan di antara Aliff dan NRF di Instastory miliknya.

Antara perkara yang mencuri perhatian ialah perbualan mengaitkan nama Emma dan Chacha yang didakwa memperlekeh Bella dilihat terlalu 'try hard' mahu netizen mempercayai dirinya.

size NP 1 (97)

Shikin memberitahu keluarganya turut terkena tempias disebabkan isu pendedahan Sarah Yasmine.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun semasa sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Manakala pada 22 April, Sarah mendedahkan dia adalah kekasih Aliff dan selepas itu bertindak menyebarkan pelbagai perkara tentang pelakon berkenaan melalui media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain