suria

[V] Penutup raya meriah dengan kehadiran artis dalam sambutan Terpaling Syawal mStar

SYAWAL yang berlabuh angkanya menjadi penutup kepada portal hiburan dan gaya hidup, mStar menganjurkan majlis kesyukuran dan jamuan raya rumah terbuka.

Bertemakan Terpaling Syawal mStar, majlis yang diadakan di Rumah Abang Jamil, jalan Ipoh pada Rabu itu bertujuan merapatkan hubungan antara petugas portal ini, rakan artis, penggiat seni serta rakan niaga yang banyak bekerjasama dengan mStar.

raya 3

Tetamu hadir sempat merakam gambar kenangan bersama.

Majlis yang bermula kira-kira pukul 5.30 petang itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 400 tetamu antaranya, Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star, Datin Paduka Esther Ng, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Timbalan Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) Datuk A Aida serta produser Pensil Picture, Datuk Ayu Puteh.

Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah dalam ucapannya berkata, majlis berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada rakan-rakan selebriti dan penggiat seni serta rakan niaga yang banyak menyokong mStar sehingga ia menjadi portal hiburan dan gaya hidup paling ramai pembaca ketika ini.

raya 4

The Gadys menghiburkan tetamu.

Katanya, walaupun ramai pihak membuat tafsiran salah kerana menganggap portal ini hanya mementingkan sensasi namun disebalik kandungan berkenaan, banyak artikel berbentuk pengetahuan am lain dipaparkan kepada pembaca.

“Selain segmen sensasi, ruangan-ruangan berbentuk hal ehwal semasa, rencana gaya hidup dan temubual bersama pakar dalam bidang-bidang tertentu turut dipaparkan. Ia untuk mengimbangi kandungan benbentuk sensasi dan pengetuahan am dalam portal ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Portal mStar julang trofi Best National Viral Page/Channel pada KNKV Viral Award

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah terbuka mStar, Majoriti, Majoriti7 meriah dihadiri artis, ahli politik dan rakan niaga

Dalam pada itu sambutan penutup Syawal itu meriah dengan keletah Roslan Shah yang diberi peluang menjadi pengacara.

Roslan membuka tirai acara dengan menyampaikan lagu terbarunya kaitu Rojak Maznah selain barisan artis lain juga turut tidak melepaskan peluang membuat persembahan.

Antaranya ialah The Gadys, Ayu Damit, Ara Johari, Amylea Azizan, Meernash dan Kat Roshan, Fazli Zainal, Erul Samah dan bintang legenda Zaiton Sameon.

RAYA 5

Zaiton Sameon meluangkan masa menhadiri rumah terbuka mStar.

Selebriti lain yang turut muncul termasuk Che Puan Sarimah Ibrahim, Fasha Sandha dan suami Aidil Aziz, Ruhainies, Siti Elizad, Tyzo, Afieq Syazwan, Aprena Manrose, Zara Zya, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos.

Turut hadir ialah pengarah Shuhaimi Lua, Baggio Damasutra, Raja Azmi, Ellie Suriaty, Datuk Red dan Ameerul Asyraf, Taufiq Hanafi, Siti Elizad Sharifuddin, Riz Amin, Arif Bahran, Laila Nasir, Hariz Hamdan dan Zoey Rahman.

raya 1

Haus Boom menjadi penaja minuman.

Antara pempengaruh media sosial yang muncul pula ialah Dr Ahmad Samhan, Iqbal Zulkefli, Fitri Razali, Yus Amina Mohd Zawizah yang popular dengan imej Hello Kitty.

Majlis berkenaan turut mendapat penajaan daripada Chef Zainal serta minuman Haus Boom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain