suria

Terlalu ikut emosi, pengurus dedah punca Fendy tidak lagi bersama Caliph Buskers... “Tiada istilah dibuang”

Pengurus Caliph Buskers menjelaskan keputusan tersebut dibuat oleh Fendy sendiri.

PENGURUS Caliph Buskers, Syed Ezaham menafikan dakwaan menggugurkan nama Fendy daripada kumpulan tersebut seperti yang didedahkan pemain dram berkenaan.

Tampil menjelaskan salah faham itu, Syed mendedahkan keputusan itu dibuat oleh pihak Fendy sendiri selepas berbincang bersama anggota kumpulan lain.

"Tiada istilah dibuang. Tidak sama sekali. Keputusan itu sebenarnya dibuat oleh Fendy sendiri.

Copy of Untitled (91)

Syed memberitahu tersebut dibuat bersama.

"Keputusan dibuat bersama, mereka sudah berbincang sesama anggota mungkin ada timbulnya salah faham," katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Khamis, Fendy mengumumkan sudah tidak lagi bersama Caliph Buskers dan pengundurannya itu bukanlah dibuat dengan rela hati.

Dalam pada itu, Syed berkata salah faham itu sepatutnya boleh diselesaikan sesama mereka tanpa mengikut emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang bersuara punca salah faham, Fendy umum bukan lagi drummer Caliph Buskers

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun menduda, Fendy (Caliph Busker) sudah jumpa pengganti... Cari isteri untuk jaga anak

"Situasi ini sebenarnya boleh diselamatkan, kita boleh berbincang dan akui kelemahan masing-masing.

"Tetapi bila melibatkan emosi, jadi adalah yang mahu keluar dan sebagainya," ujarnya.

Syed bagaimanapun persengketaan itu tidak akan berlarutan memandangkan mereka sudah bersahabat lama.

Copy of Untitled (90)

Syed percaya hubungan di antara anggota akan baik sahaja.

Malah, dia percaya Caliph Buskers akan kembali seperti biasa dan isu dalaman itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya yakin hubungan ahli akan baik-baik sahaja. Mereka sudah lama berkawan, jadi untuk berdendam atau bermusuh, itu tidak mungkin.

"Ini semua melibatkan emosi, kalau dah sejuk nanti mereka akan okay semula," jelasnya.

Selain Fendy, kumpulan ini turut dianggotai oleh Azmi Saat, Nirwan Zainalabidin dan Zaki Ismail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain