suria

Rumah terbuka mStar, Majoriti, Majoriti7 meriah dihadiri artis, ahli politik dan rakan niaga

DJ Dave dan Roslan Shah menghadiri rumah terbuka mStar.

BULAN Syawal sudahpun berakhir namun ia bukan alasan untuk tidak meraikan tetamu pada majlis rumah terbuka.

Justeru mStar bersama portal Majoriti dan akhbar mingguan Majoriti 7 tidak melepaskan peluang menganjurkan majlis meraikan tetamu yang diadakan di Menara Star, Petaling Jaya pada Selasa.

Penganjuran rumah terbuka ini dihadiri lebih 500 tetamu termasuk dalam kalangan selebriti, personaliti media sosial, rakan korporat, ahli politik, ahli akademik.

mstar1 - 1

Wani merakamkan foto kenangan bersama DJ Dave.

mstar5 - 1

Khai dan Nabila antara artis yang hadir di rumah terbuka mStar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim turut meluangkan masa menghadirinya.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama iaitu Jamaliah Jamaluddin, bekas pemain bola sepak negara Datuk Santokh Singh dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majid.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak reti nak berjoget" - Anuar Zain enggan ikut trend media sosial, tidak mahu malukan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dari Malaysia terjumpa Jisoo dan Rose dalam penerbangan, permintaan bergambar ditolak secara baik

Selain itu Datuk DJ Dave, Nabila Razali, Khai Bahar, Syafi Tee, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Yasmin Syura, Ayu Damit, Anna Jobling, Sarah Suhairi dan Aiman Wayne.

Hadir sama Putera Amaris, Datuk Chef Zam, Erul Samah, Kelly Azman, Boss Kay, Zoey Rahman, Normah Damanhuri, Azan Scan, dan Tajul Arif.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian istimewa daripada DJ Dave yang menghiburkan penonton menerusi lagu hit Menjelang Hari Raya.

mstar2 - 1

Syafi Tee kacak bergaya dengan baju Melayu rona merah.

mstar3 - 1

Mariam dan Ryzal turut hadir menyerikan majlis.

Nabila turut menyanyikan lagu Seloka Hari Raya bersama pelakon baharu Danial Dashuki manakala Khai Bahar mendendangkan lagu Tiara manakala Wani Kayrie menerusi lagi Indahnya Beraya Di Desa.

Turut mencuri perhatian adalah Ayu Damit yang menyampaikan lagu nyanyian asal Marc Anthony berjudul My Baby You selain Kak KM dengan lagu sebuah lagu dangdut.

Kehadiran personaliti media sosial tidak kurang meriah apabila turut dihadiri oleh Maryam Durian Kimchi dan suami, Ryzal Ibrahim, Iqbal Zulkefli, Boss James, Bosskay, Tash Yong dan Aunty Purple.

Majlis rumah terbuka ini turut mendapat liputan secara langsung yang disiarkan menerusi laman TikTok rasmi mStar.

Kesemua pengunjung hadir tampil menggayakan busana tradisional lengkap bagi menyerikan majlis rumah terbuka yang dihoskan oleh Roslan Shah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain