suria

Dugaan datang bertimpa-timpa, Farez Adnan takut keluar rumah sampai kena serangan panik 

Farez reda ditimpa ujian berulang kali.

SEPANJANG tahun ini sudah pelbagai ujian dan dugaan datang menimpa penyanyi Farez Adnan sehingga menyebabkan dia sering berada dalam keadaan tertekan termasuk serangan panik.

Farez atau Muhd Fareezuan Adnan, 28, berkata, sejak awal tahun ini dia diduga dengan pelbagai ujian termasuk ditipu kontraktor yang mengubah suai rumahnya, menghidap slip disc dan menjadi mangsa penipuan Festival Raya Horeey x Fest Raya pada akhir Ramadan lalu.

"Sebelum ini renovate rumah dan tukar dua kontraktor, yang pertama kena tipu dan kedua ini pula masih tergendala tidak dapat disiapkan atas sebab-sebab tertentu.

"Selepas itu saya dimasukkan ke hospital pula sebab tulang belakang saya retak dan disahkan mengalami slip disc. Tak cukup itu, akaun TikTok saya pula dua kali kena sekat.

farez2 - 1

Farez banyak diuji sepanjang 2023.

"Banyaklah perkara yang berlaku dan saya rasa tahun ini paling banyak dugaan," katanya kepada mStar.

Terbaharu, dia ditimpa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang majlis perkahwinan penyanyi Muna Shahirah yang diadakan di Mersing, Johor pada Sabtu lalu.

"Jujurnya lebih kurang dua tiga minggu sebelum ini saya sangat down sampai tak keluar rumah. Saya rasa macam terlalu banyak dugaan pada waktu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah gangguan pemakanan punca Farez Adnan jalani prosedur 'gastric ballon', 2 tahun usaha turun berat badan tak berhasil

ARTIKEL BERKAITAN: Farez Adnan terlibat kemalangan motosikal... Tulang kaki retak, bimbang pendarahan dalaman

"Bila kereta saya kena langgar ni, saya macam dah tak ada perasaan. Saya macam... apa lagi nak datang ni. Sebab boleh dikatakan dugaan itu datang setiap bulan," ujarnya.

Tambah Farez lagi, dia terpaksa mendapatkan rawatan untuk merawat masalah serangan panik yang dialami akibat tertekan dengan pelbagai dugaan menimpanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan situasi dialaminya adalah normal bagi individu yang sedang berada dalam keadaan tertekan.

Banyaklah perkara yang berlaku dan saya rasa tahun ini paling banyak dugaan.

FAREZ ADNAN

PENYANYI

"Cuma masa saya down tu, sampai saya kena serangan panik. Dulu saya tak percaya fasal ni tapi bila kena sendiri, menggigil tak boleh memandu kereta, hati berdebar-debar semacam.

"Saya sempat berjumpa doktor dan mereka menasihatkan untuk melakukan perkara-perkara yang buat saya gembira.

"Kata doktor gejala yang saya alami juga normal sekiranya kita memang berada dalam keadaan tertekan," jelasnya.

farez1 - 1

Farez bersyukur dikelilingi keluarga yang memberikan semangat.

Bekas peserta Akademi Fantasia itu bagaimanapun bersyukur dia mendapat sokongan daripada keluarga terdekat untuk terus memberikan semangat dan nasihat buatnya.

"Mak nasihatkan saya kena sabar dengan setiap ujian, Allah nak bagi perkara yang lebih baik ni. Mak saya seorang yang sangat positif.

"Mak kata Allah bagi, Allah tarik. Alhamdulillah saya masih ada mak ayah dan keluarga yang sentiasa berikan kata-kata semangat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain