suria

Farez Adnan terlibat kemalangan motosikal… Tulang kaki retak, bimbang pendarahan dalaman

Farez kemalangan ketika cuba elak kenderaan lain di sebuah simpang.

PENYANYI Farez Adnan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas terlibat dalam kemalangan sekitar pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.

Farez ketika dihubungi mStar memberitahu motosikal yang ditungganginya terbabas kerana mahu mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar daripada simpang jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melakukan aktiviti senaman di KLCC.

farez 2

Farez alami luka di bahagian muka dan punggung selain retak pada kaki.

Kejadian itu mengakibatkan tulang kakinya retak dan kini dia sedang menunggu keputusan MRI dan CT Scan jika terdapat pendarahan dalaman serta memerlukan pembedahan.

“Saya tidaklah mengalami kecederaan teruk. Cuma calar-calar pada badan dan muka selain retak tulang kaki. Bahagian punggung juga terasa sakit dan disebabkan itu agak sukar untuk bergerak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedengaran kasar tapi keluarga dah terbiasa, gaya 'brutal' Makcik Petir tegur anak-anak dalam video TikTok curi perhatian ramai

“Saya baru sahaja selesai menjalani ujian CT Scan dan MRI. Jika pendarahan dalaman dan memerlukan pembedahan doktor akan teruskan prosedur tersebut,” katanya.

Bekas peserta program Akademi Fantasia ini sebelum itu berkongsi keadaannya di hospital menerusi satu hantaran di Instagram.

Farez dijangka menerima rawatan di hospital dalam tempoh seminggu dan doktor turut menasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti berat sepanjang tiga minggu akan datang.

Bahagian punggung juga terasa sakit dan disebabkan itu agak sukar untuk bergerak

FAREZ ADNAN

PENYANYI

“Keadaan saya di hospital okey sahaja. Cuma perlu dapat bantuan untuk bergerak disebabkan masih sakit.

“Harap tiada masalah yang lebih serius dengan keputusan MRI dan CT Scan. Doktor nasihatkan saya supaya ambil masa rehat selama tiga minggu,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain