suria

Kedengaran kasar tapi keluarga dah terbiasa, gaya 'brutal' Makcik Petir tegur anak-anak dalam video TikTok curi perhatian ramai

Wanita dikenali sebagai 'Makcik Petir' (dua dari kanan) popular di TikTok gara-gara aksi bersahajanya yang menghiburkan ramai.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, ramai yang sudah lama tidak dapat pulang menjenguk ibu bapa di kampung halaman.

Namun, kehadiran seorang wanita yang digelar Makcik Petir menerusi video-video bersahaja di TikTok ternyata menjadi pengubat rindu netizen kepada ibu masing-masing.

Segala aksi spontan Khatijah Mohamed, 56, dikongsi ke platform video itu oleh anak bongsunya, Muhammad Fareezuan, 26, sehingga tular dan menjadi perbualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah berkira! Anak hadiah cash RM25,000 sempena hari lahir ibu, setiap bulan beri RM20,000 - “Mak ayah ni ‘paip’ rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN: Penjual choco jar sebak, ibu menangis terharu walau dapat hadiah telefon harga tak seberapa

Bercerita kepada mStar, jejaka yang mesra disapa Fareez mengakui tidak sangka ramai yang terhibur dengan keletah ibunya.

"Sebenarnya sedih bila baca komen netizen, saya 24 jam dengan mak ayah. Mereka pula berjauhan kerana kerja. Bila rindu, tak dapat nak bayangkan macam mana.

Fareez sering berkongsi video mengenai ibunya di TikTok.

"Jadi bila netizen kata mereka terhibur dan teringat mak masing-masing apabila tengok video mak saya, saya rasa bersyukur.

"Saya rasa seronok untuk kongsikan lebih banyak video. Tapi saya memang akan minta kebenaran mak sebelum muat naik apa-apa video," ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Fareez, ramai juga yang terhibur dengan ibunya gara-gara pertuturan yang kedengaran agak kasar pada telinga orang luar.

Mak juga penyayang, tapi dia tak tunjuk dengan kata-kata.

FAREEZ

Namun katanya, ibunya memang seorang yang 'brutal' dan mereka sudah terbiasa dengan gaya itu.

"Mak saya seorang yang straightforward, tak reti cakap bertapis. Memang cakap kasar. Orang kata lawak, tapi pada kami benda tu dah terbiasa.

"Mak memang tak biasa cakap lembut. Dia hanya bercakap lembut kalau ada nak sesuatu. Nampak cara cakap kasar, tapi dia tak marah.

"Dia pun tak sedar, bila tunjuk video baru dia perasan yang dia bercakap agak kasar. Dia seorang yang brutal.

Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur.

"Mak juga penyayang, tapi dia tak tunjuk dengan kata-kata, tapi tunjuk dengan perbuatan. Dia juga seorang yang pemurah dan sangat mementingkan keluarga," ujarnya lagi.

Antara video TikTok yang mencuri tumpuan tentunya aksi spontan wanita itu menggunakan perkataan seperti 'kepala hotak kau' terhadap anak-anaknya yang mana ia disifatkan netizen sebagai lucu dan menghiburkan.

Kata Fareez, ibunya berasal dari Kuala Lumpur manakala bapanya, Adnan Ahmad, 66, berasal dari Narathiwat, Thailand.

Mengenai dirinya pula, Fareez kini bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah syarikat.

Fareez juga sebenarnya merupakan seorang penyanyi dan dia pernah menyertai program D'Adademy Asia 3 dan Akademi Fantasia tahun 2014.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain