suria

Bakal terima anugerah Ratu Elizabeth II tapi tetap anggap diri kerdil, Uncle Kentang berbesar hati jika dapat kolaborasi dengan Ebit Lew - “Kun Fayakun... jadi maka jadilah ia”

Uncle Kentang tidak menolak jika berpeluang berkolaborasi bersama Ustaz Ebit Lew.

SAMA-SAMA terlibat dalam lapangan kemasyarakatan dan kebajikan, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tidak menolak sekiranya berpeluang untuk bergabung tenaga bersama Ustaz Ebit Lew.

Sambil merendah diri, aktivis yang terkenal di Facebook ini berkata dia hanyalah 'insan kerdil' jika mahu dibandingkan dengan ikon kebanggaan rakyat Malaysia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah daripada Ratu Elizabeth II, Uncle Kentang kongsi penghargaan untuk semua

ARTIKEL BERKAITAN: Memang ramai tertanya-tanya, akhirnya Uncle Kentang buka kisah sedih yang lama disimpan - “Wajah ayah kaku di bangku panjang, ditutup tikar mengkuang”

"Saya buat secara kecil kecilan... memang Ustaz Ebit adalah satu ikon negara dalam amal jariah. Saya memang menggalakkan mana-mana NGO untuk kita sama-sama membanting tulang untuk membuat yang terbaik untuk Malaysia

"Jika diizinkan Tuhan, kita akan bergabung dan bergabung buat mana yang perlu. Ustaz Ebit pun baru sahaja ke Palestin.

"Kalau diizinkan Tuhan... semua ini takdir. Kun Fayakun, akan jadi maka akan jadilah ia. Kita serahkan kepada Tuhan dan kita buat apa yang boleh, kita buat," katanya dalam sesei wawancara menerusi Instagram Live kepada mStar baru-baru ini.



Ustaz Ebit (tengah) kini sedang melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza. Foto: Fb Ebit Lew

Uncle Kentang yang kini mempunyai 615,897 pengikut di Facebook sudah terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan sejak lebih 10 tahun lalu.

Bukan sahaja aktif turun padang menyalurkan bantuan keperluan asas, malah beliau turut dikenali kerana menyediakan perkhidmatan ambulans dan van jenazah buat golongan yang kurang berkemampuan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lebih manis, segala usahanya sejak lebih sedekad lalu mendapat pengiktirafan 'Point of Light' daripada Ratu Elizabeth II, iaitu satu pengiktirafan yang diberikan kepada individu dalam negara anggota Komanwel sebagai tanda pengiktirafan atas kerja sukarelawan yang membuat perubahan dalam komuniti mereka.



Uncle Kentang tidak pernah mengharapkan pengiktirafan atas usaha yang dilakukan selama ini.

Tidak pernah mengharapkan balasan atau pengiktirafan di atas apa yang diusahakannya selama ini, Uncle Kentang bagaimanapun berbesar hati dan menganggap ia adalah anugerah untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Terkejut dan saya rasa ini anugerah kepada semua termasuk wartawan yang sebarkan berita mengenai misi kita. Tanpa media, orang ramai tak tahu. Dan ia juga untuk seluruh rakyat Malaysia

Bagi saya, saya hanya seorang perantara di mana segala usaha dan misi ini sebenarnya daripada orang ramai.

UNCLE KENTANG

AKTIVIS MASYARAKAT

"Memang tak sangka... kita buat kerja ni suka-suka je bukan nak dapatkan pengiktirafan atau sijil. Bila kita beri sumbangan makanan atau ikan, makcik yang dapat ikan pun gembira. Apa lagi yang kita mahu? Makcik tu iktiraf kita pun, kita dah senyum dah.



Uncle Kentang terlibat dalam lapangan kebajikan sejak lebih 10 tahun lalu.

"Bagi saya, saya hanya seorang perantara di mana segala usaha dan misi ini sebenarnya daripada orang ramai. Ramai individu berbilang bangsa yang tampil menghulurkan derma. Ini sangat menggembirakan saya... ini satu bukti perpaduan kita kukuh," katanya lagi.

Uncle Kentang dijadualkan menerima penganugerahan berkenaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir Ratu Elizabeth II pada 10 Jun ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain