suria

Terima anugerah daripada Ratu Elizabeth II, Uncle Kentang kongsi penghargaan untuk semua

Kuan Chee Heng bakal menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II. foto AZHAR MAHFOF/The Star

AKTIVIS sosial, Kuan Chee Heng yang tidak asing lagi dalam aktiviti kemasyarakatan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bakal menerima anugerah 'Point of Light' daripada Ratu Elizabeth II atas kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri Chee Heng menerusi kemas kini di laman Facebook beliau pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Miskin harta, kaya adab! Uncle Kentang sayu terima mesej 'sopan' lewat malam, rayu bantuan kecil untuk teruskan hidup esok hari

ARTIKEL BERKAITAN: Minta bantuan hantar nenek ke hospital, rupa-rupanya satu keluarga dijangkiti Covid-19... Uncle Kentang kecewa staf terkena 'umpan' tapi masih sanggup ambil risiko

Chee Heng berkata, beliau bagaimanapun mendedikasikan anugerah tersebut kepada seluruh masyarakat yang sentiasa menyokong dan membantu golongan memerlukan di negara ini.

"Saya berkongsikan mengenai penghargaan ini dengan anda semua yang telah banyak menyokong dan mendorong membantu pihak memerlukan mendapat kehidupan lebih baik.

"Ini merupakan satu penghargaan dan kejutan besar buat saya yang dipilih bagi menerima anugerah ini.

"Tidak salah jika saya katakan yang anugerah ini adalah untuk anda semua," katanya.

Chee Heng dijadualkan menerima penganugerahan berkenaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir Ratu Elizabeth II pada 12 Jun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Anugerah 'Point of Light' diberikan kepada individu dalam negara anggota Komanwel sebagai tanda pengiktirafan atas kerja sukarelawan yang membuat perubahan dalam komuniti mereka. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain