suria

Malaysia catat 6,509 kes baharu Covid-19, Selangor kekal rekod jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan angka lebih 6,000 iaitu sebanyak 6,509 kes, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 518,600 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 60,018 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod tertinggi! 6,976 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor catat kes harian paling banyak

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,049 kes, diikuti Sarawak (530), Kuala Lumpur (468) dan Johor (468).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 61 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,309 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,452 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 456,273 kes.

"Sehingga kini, terdapat 711 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 369 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Pada Ahad, Malaysia mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu 6,976 kes.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain