suria

Rekod tertinggi! 6,976 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor catat kes harian paling banyak

Sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 6,976 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, sekaligus mencatatkan kes harian paling tinggi setakat ini.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 512,091 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 57,022 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih lepasi angka 6,000! Jangkitan baharu 6,320 kes, 652 dirawat di ICU

Daripada 6,976 kes baharu yang dilaporkan, 6,971 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,235 kes, diikuti sarawak (663), Kelantan (626) dan Johor (549).

Perlis pula merekodkan lapan kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 49 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,248 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 3,587 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 452,821 kes.

"Sehingga kini, terdapat 681 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 361 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain