suria

Masih lepasi angka 6,000! Jangkitan baharu 6,320 kes, 652 dirawat di ICU

Sebanyak 6,320 kes baharu direkodkan pada Sabtu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,320 kes baharu, menjadikan keseluruhan 505,115 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 53,682 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6,320 kes baharu yang dilaporkan, 6,317 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,647 kes, diikuti Sarawak (749), Kuala Lumpur (654) dan Kelantan (613).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perlis pula merekodkan 18 kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 50 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,199 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 4,694 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 449,234 kes.

"Sehingga kini, terdapat 652 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 370 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain