suria

Makin parah! Penggunaan katil ICU di hospital Lembah Klang cecah 113 peratus

Kadar penggunaan katil di ICU seluruh negara kini mencapai 91 peratus.

PENINGKATAN mendadak jumlah pesakit Covid-19 menyaksikan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Lembah Klang telah mencecah 113 peratus manakala secara keseluruhan di seluruh negara kini mencapai 91 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, situasi tersebut secara tidak langsung telah mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

"Hospital-hospital KKM kini terpaksa menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu,"katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau turut memperincikan statistik kapasiti katil ICU di pelbagai hospital.

Kadar penggunaan katil ICU di Hospital Kajang dan Hospital Banting masing-masing sudah mencapai 317 peratus dan 200 peratus.

Sementara itu, ICU di Hospital Sungai Buloh, hospital Covid-19 utama di Lembah Klang, beroperasi dengan kapasiti 111 peratus.

Dr Noor Hisham berkata sistem penjagaan kesihatan berada di bawah tekanan besar dan mendesak orang ramai untuk melakukan peranan mereka dengan melakukan 'lockdown' kendiri bagi menghentikan penyebaran virus.

"Virus Covid-19 berada di dalam komuniti. Patuhilah SOP dan duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar," katanya lagi. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain