suria

Gara-gara posting Nilai 3 di Selangor, pemilik akaun Facebook N9 Radar disiasat

Laman Facebook N9 Radar membuat hantaran mengelirukan mengenai Nilai 3, Negeri Sembilan. Gambar hiasan

PEMILIK akaun Facebook N9 Radar diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan berhubung hantaran dimuat naik, yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kenyataan laman sosial N9 Radar, berkaitan Nilai 3 yang dikatakan terletak di Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa punya fasal, Menteri Besar dua negeri tawar-menawar jual beli Nilai 3

"Pihak PDRM menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam negeri Selangor.

"Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook N9 Radar boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau berita yang tidak benar di laman sosial.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk terus kekal patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. - SinarHarian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Nilai 4, Selangor, SOP, N9 Radar, Facebook

Artikel Lain