suria

“Rakyat kata ‘Apa bodoh perdana menteri’... tak apalah”

Beliau memohon orang ramai agar terus menjaga diri sendiri dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Foto:BERNAMA.

DALAM menangani krisis Covid-19, kerajaan juga peka dengan rungutan serta kemarahan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sendiri turut menjadi sasaran kemarahan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau langgar, mereka tidak akan terlepas” - PM tegas tiada isu ‘double standard’ SOP Covid-19

“Bolehlah nak salahkan kerajaan, marah perdana menteri pun tak apalah, saya terimalah. Rakyat kata: 'Apa bodoh perdana menteri', tak apa...," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian menerusi program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Menurut Muhyidin, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha, namun negara tidak mampu melakukannya secara drastik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Disebabkan itu, beliau memohon orang ramai agar terus menjaga diri sendiri dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tambah beliau, antara masalah yang timbul pada masa ini termasuklah kekurangan katil hospital dan katil unit rawatan rapi (ICU).

"Tapi tambah berpuluh ribu katil pun tidak akan bermakna.

"Kalau naik kepada 20,000, setakat manalah kita mampu? Kita tak boleh buat begitu, negara maju pun tak terbuat macam itu.

“China terpaksa buat hospital dalam empat ke lima hari, tapi kita tak boleh buat.

"Jadi kita terpaksa minta tolong rakyat, bantu diri sendiri. Jagalah kita. Kita nak jaga diri kita supaya kita tak sakit, atau terkorban kerana kelekaan kita," ujar beliau lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain