suria

Terjebak cinta suami orang, gadis diminta ‘pikat’ bakal madu kalau mahu kahwin... Kekasih tak sanggup lukakan hati isteri

Kestabilan dan pangkat seorang lelaki menjadi antara faktor seseorang wanita mudah terpikat. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berada dalam dilema apabila mendedahkan dia 'terperangkap' selepas menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.

Pun begitu, dia kini keliru sama ada ingin meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya selepas merasakan teman lelakinya itu seolah-olah tidak serius ingin berkahwin dengannya.

Dia merasakan perkara itu disebabkan kekasihnya enggan memberitahu isteri pertama tentang hubungan mereka malah tiada keberanian meminta izin berpoligami.

Bagaimanapun, lelaki tersebut memberi alasan tidak mahu melukakan hati isterinya selain bimbang kedua-dua wanita yang disayangi akan saling bermusuhan.

Seorang suami wajib berlaku adil sekiranya memilih untuk berpoligami. -Gambar hiasan AI

"Aku perlukan bantuan, sekarang aku tengah bercinta dengan suami orang dan aku tidak tahu betul ke tidak apa aku tengah buat," tulisnya.

Kata wanita itu, teman lelakinya bukan sahaja seolah-olah lepas tangan sebaliknya menyerahkan 'tugas' menambat hati bakal madu kepadanya.

Dia turut mempersoalkan mengapa dia yang perlu 'memujuk' isteri pertama kekasihnya sedangkan ia sepatutnya tugas kekasihnya.

"Sekarang aku kena pikat wife dia dalam usaha untuk aku jadi second wife.

ARTIKEL BERKAITAN: Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalam

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun hidup berpoligami, lelaki ini bentang sikap buruk isteri pertama... Pantang ditegur, langsung tak hormat suami!

"Aku terlalu muda untuk masuk dalam bidang ni dan aku adalah seseorang yang tak minat dengan poligami.

"Tolong aku, apa patut aku buat? Lepaskan dia atau macam mana?" luahnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memaklumkan lelaki tersebut mempunyai kemampuan kewangan untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

  • Seorang wanita dilema untuk meneruskan hubungan dengan lelaki bergelar suami orang.
  • Lelaki tersebut enggan berterus-terang dengan isteri, membuatkan dia buntu.
  • Alasan lelaki tersebut, dia enggan melukakan hati si isteri dan memintanya yang 'memikat' untuk jadi isteri kedua.
  • Lelaki tersebut mempunyai kemampuan kewangan untuk poligami.
  • Netizen menyarankan supaya dia undur diri daripada terjerumus konflik rumah tangga pasangan lain.

Ternyata ramai menasihatkan supaya memikirkan masa depan dan tidak meneruskan hubungan yang berpotensi menimbulkan konflik rumah tangga orang lain.

"Ramai je jantan single dekat luar tu. Jangan jadi bodoh. Hidup ini terlalu panjang untuk dibazirkan bersama lelaki tidak berguna. 

"Dah dia nak kau, dia la patut usahakan. Nampak sangat dia cuma nak lepaskan diri minta kau selesaikan. Cari bala!

"Jangan kacau rumah tangga orang. Undur diri je. Berdoa supaya dapat jodoh yang baik-baik," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain