suria

Dah ada laptop pun kena ‘chat’ YB... Gadis tertekan sikap tak tahu malu bapa, terkesan stigma B40 suka minta bantuan

Bantuan pendidikan dapat membantu meningkatkan taraf hidup keluarga B40. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelajar kolej matrikulasi dari keluarga berpendapatan rendah terkesan dengan stigma masyarakat mengenai golongan B40 yang mempunyai anak ramai gemar menagih bantuan kerajaan.

Namun begitu, dia mengakui kebenaran di sebalik kata-kata tersebut berhubung dengan sikap bapanya sendiri.

Menurut gadis ini, dia pernah dipaksa untuk memohon bagi mendapatkan apa sahaja bantuan pendidikan yang ditawarkan secara percuma. 

"Saya terkesan juga dengan kata-kata B40 beranak berderet-deret, tak mampu, minta bantuan.

Bantuan kerajaan adalah daripada cukai yang dibayar rakyat berpendapatan tinggi. -Gambar hiasan AI

Bantuan kerajaan adalah untuk mereka yang benar-benar layak. -Gambar hiasan AI

"Saya adalah salah satu anak 'berderet' dan kena paksa minta bantuan untuk sambung belajar di peringkat ijazah.

"Rasa letih mental sebab ayah suruh ambil apa sahaja bantuan yang ada dan sebagai anak Johor, ada bantuan untuk dapatkan laptop," luahnya di Threads.

Baginya, meskipun layak untuk mendapatkan bantuan komputer riba berkenaan, namun dia memilih untuk tidak memohon kerana sudah mempunyai alat elektronik itu walaupun milik ayahnya.

  • Pelajar matrikulasi B40 terkesan dengan stigma anak ramai suka minta bantuan.
  • Dakwa ayah paksa mohon semua bantuan pendidikan yang ada.
  • Sudah ada laptop tapi tetap disuruh minta daripada YB.
  • Pelajar 4.00 itu akui tekanan keluarga jejaskan mentalnya.
  • Netizen pertahan bantuan untuk pelajar cemerlang dan rajin belajar.

Bagaimanapun dia dipaksa untuk menghubungi wakil rakyat (YB) setempat bagi memperoleh bantuan berkenaan.

"Saya sudah ada laptop, pakai yang ayah punya tapi dia paksa saya chat YB untuk minta laptop walaupun dah bagi alasan untuk guna sahaja apa yang ada.

"Ayah siap cakap kalau dapat 4.00, nanti sambung belajar semua percuma sebab ada biasiswa tapi saya nafikan 'percuma' itu pada ayah," tambahnya yang memperoleh keputusan 4.00 dalam semester pertama di Kolej Matrikulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ada 16 beradik saran golongan B40 hadkan 2 zuriat, ibu bapa pun lebih waktu berkualiti tengok anak membesar

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi realiti 'pergelutan' M40! Kerja teruk tapi makin 'miskin', bantuan pula tak layak - "RM5,500 bunyi sedap kan?"

Perbezaan mentaliti dan tekanan yang diberikan oleh orang tua sendiri membuatkan anak gadis ini mengakui adakalanya dia berasa putus asa untuk meneruskan kehidupan.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyatakan dia layak mendapatkan bantuan dalam aspek pendidikan kerana cemerlang.

"Tak rasa ralat kalau sebahagian duit cukai pergi ke bantuan pelajar cemerlang macam awak, yang ralatnya kalau pergi ke B40 yang tak mahu berubah.

"Awak mangsa keadaan, orang marah pada mereka yang tak mahu naik taraf kehidupan kemudian rasa entitle dengan bantuan kerajaan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain