suria

Geng 'rider' veteran tahan konvoi pemuda, minta padam rakaman kamera 360... Takut kantoi bawa skandal ke Cameron Highlands

Merakam video adalah perkara biasa ketika bercuti. -Gambar hiasan AI

MENGAMBIL gambar dan merakam video ketika bercuti sudah menjadi kebiasaan bagi ramai individu untuk dijadikan kenangan serta bahan kandungan media sosial.

Namun, seorang pemuda berkongsi pengalaman pelik apabila dia dikejar sekumpulan rider gara-gara merakam video ketika sedang menunggang motosikal.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia menggunakan kamera 360 sebelum beberapa individu bertindak mengejarnya dan meminta rakaman tersebut dipadamkan.

“Pernah ada pengalaman ride motosikal ke Cameron Highlands record pakai kamera 360. Tiba-tiba kena kejar dengan geng motosikal besar.

Konvoi motosikal adalah perkara biasa dapat dilihat ketika ke Cameron Highlands. -Gambar hiasan AI

Konvoi motosikal adalah perkara biasa dapat dilihat ketika ke Cameron Highlands. -Gambar hiasan AI

"Mereka kejar suruh delete video. Saya tanya elok-elok kenapa?” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Pemuda itu berkata, kumpulan terbabit mendakwa mereka bimbang rakaman tersebut boleh menimbulkan masalah kepada diri masing-masing jika ia dimuat naik di media sosial.

Ia susulan mereka berkonvoi bersama skandal masing-masing dan bimbang jika rakaman itu ditonton isteri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri diminta waspada, jangan terlalu ‘husnuzon’ jika suami konvoi ke Hatyai dengan kawan-kawan - “Takut dia ride benda lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Menekan-nekan minta nak pergi ‘ride’... Dah dapat lesen, lelaki tergamak tinggal RM20 je duit makan anak bini

"Mereka ini penunggang motosikal besar yang sudah berusia, bawa pula pembonceng budak-budak perempuan universiti. Takut kantoi dengan bini masing-masing," katanya.

Tambahnya, situasi seperti itu bukan perkara asing kerana kebanyakan penunggang motosikal besar yang ditemuinya terdiri daripada lelaki berusia manakala wanita yang bersama mereka pula jauh lebih muda.

“Ada saja, tak percaya nanti tengok abang-abang motosikal besar, semua tua-tua tapi perempuan semua muda-muda. Skandal la tu,” katanya.

  • Pemuda dikejar rider motosikal besar selepas merakam video guna kamera 360 di Cameron Highlands.
  • Rider terbabit didakwa minta video dipadam kerana takut kantoi dengan isteri masing-masing.
  • Perkongsian itu mengundang kecaman netizen terhadap tindakan penunggang terbabit.
  • Pemuda berkenaan mendakwa kebanyakan rider berusia ditemani wanita muda.
  • Netizen menyifatkan golongan terbabit tidak serik melakukan maksiat walaupun sudah berusia.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpendapat golongan tersebut tidak sedar diri dan merasakan diri mereka masih muda untuk terus melakukan maksiat.

" Dah bau tanah pun buat perangai tak senonoh lagi. Sebab itu kalau nak berkawan cari yang betul-betul kalau tak sampai ke tua macam ini.

"Tak guna punya orang tua, dia buat maksiat. Dia punya masalah kita pula nak kena fikir," kata warga maya.

Artikel Lain