suria

Lelaki kena buang daerah syukur masih diterima mak ayah... Berjuang cari sinar baru lepas 10 tahun hidap HIV, 3 kali masuk penjara

Penagih dadah perlu menguatkan keimanan untuk benar-benar berubah. -Gambar hiasan AI

KISAH kejatuhan dan kebangkitan semula seorang bekas penagih dadah ini menjadi bukti bahawa pintu taubat dan ruang untuk berubah sentiasa terbuka, biarpun seseorang itu pernah tersungkur jauh ke lembah hitam.

Seorang lelaki tampil berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh ranjau selepas lebih sedekad bergelut dengan najis dadah.

Bukan sekadar merosakkan masa depan, ketagihan melampau itu turut meninggalkan kesan kekal terhadap kesihatannya serta mengheretnya ke tirai besi berulang kali.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan semangat kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan semangat kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

“Saya dah hidap HIV selama 10 tahun. Saya penagih dadah, pengguna ice (juga dikenali sebagai syabu, batu, atau glass) dan pil kuda. Sudah tiga kali masuk penjara.

“Sekarang saya kena Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas tuduhan mengedar dadah dan dikenakan buang daerah selama dua tahun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda insaf ambil dadah, mohon maaf dengan ibu gagal jadi anak baik - “Kena ingat, kita ada keturunan”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa universiti bermalam di lokap, rumah sewa kawan diserbu polis... Kantoi ada dadah!

Namun, di sebalik hukuman itu, dia menyifatkan tempoh ini sebagai peluang keemasan untuk dia benar-benar membersihkan diri.

“Alhamdulillah, dah lima bulan berhenti guna dadah. Sekarang dalam fasa berubah jadi lebih baik,” kongsinya lagi.

Bagi lelaki ini, kekuatan utama untuk dia terus kekal 'bersih' datangnya daripada kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada kedua ibu bapanya.

Doa mereka menjadi azimat paling berharga untuk dia terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Saya ada mak ayah yang bagi semangat dan doakan saya. Saya harap terus kuat untuk berubah,” katanya.

  • Lelaki hidap HIV kongsi perjuangan tinggalkan dadah selepas 10 tahun terjebak.
  • Pernah tiga kali dipenjara, dia kini sudah lima bulan bebas dadah.
  • Sokongan ibu bapa menjadi kekuatan untuk terus berubah.
  • Perkongsian lelaki itu meraih doa dan kata semangat netizen.
  • Dia berharap mampu terus istiqamah meninggalkan kehidupan lamanya. 

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menitipkan doa agar lelaki tersebut berubah menjadi lebih baik.

"Semoga terus kuat semangat bang. Walau teruk benda yang kita buat, mak ayah la yang paling setia dgn kita. Buktikan dekat mereka kamu boleh berubah.

"Lama tak dengar perkataan buang daerah... all the best to you. Hanya awak mampu ubah diri untuk jadi lebih baik," komen warga maya.

Artikel Lain