suria
mStar - Urban.Versatil

Mahasiswa universiti bermalam di lokap, rumah sewa kawan diserbu polis... Kantoi ada dadah!

Pelajar disaran mengutamakan lokasi yang terkawal dan selamat ketika mengadakan sesi perbincangan atau ulang kaji berkumpulan. -Gambar hiasan AI

GARA-GARA berada di tempat dan waktu yang salah, seorang pelajar cemerlang sebuah institusi pengajian tinggi terpaksa bermalam di lokap walaupun mendakwa tidak melakukan kesalahan.

Itulah kisah yang dikongsikan seorang individu mengenai nasib malang anak buah rakannya yang didakwa 'tersalah langkah' apabila hadir ke rumah kawan untuk menyertai sesi ulang kaji.

Menurut individu berkenaan, rakannya menghubunginya dalam keadaan tertekan dan menangis meminta bantuan kewangan sebanyak RM1,000 bagi tujuan jaminan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemuda insaf ambil dadah, mohon maaf dengan ibu gagal jadi anak baik - “Kena ingat, kita ada keturunan”

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan dadah, suami pengasuh berhalusinasi! Wanita nekad tak hantar anak - “Kalau dia selam ‘baby’ dalam baldi macam mana?”

"Semalam member aku nangis-nangis minta pinjam RM1,000 sebab nak top-up duit untuk jamin anak buah dia. Budak pandai dekat satu universiti ni. Tiap-tiap semester dapat anugerah.

"Anak buah dia datang rumah sewa kawan nak join study group. Entah macam mana kena serbu dengan polis. Kantoi ada dadah dalam rumah tu. Dengan anak buah dia sekali kena lokap. 

"Dekat lokap, anak buah dia urine clear. Mujur juga member punya dadah tu mengaku dia punya," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.

Masa depan pelajar boleh terancam sekiranya mereka terlibat dalam situasi yang menjejaskan reputasi diri. -Gambar hiasan AI

Ujar individu itu, anak buah rakannya dibenarkan diikat jamin dan dibebaskan daripada lokap.

Namun, kes tersebut masih belum selesai sepenuhnya apabila dia perlu hadir ke mahkamah selepas Tahun Baharu Cina sementara menunggu laporan rasmi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sebagai sokongan bahawa bahan terlarang itu bukan miliknya.

Walaupun bebas, menurutnya, kebimbangan utama keluarga rakannya kini tertumpu kepada kemungkinan tindakan daripada pihak universiti.

"Cuma dia risau takut universiti ambil tindakan sekali dekat dia. Harap tak sampai kena buang universiti. Sebab bukan salah dia pun," kongsinya lagi.

  • Seorang individu berkongsi kisah anak buah rakannya yang terpaksa bermalam di lokap.

  • Anak buah rakannya ulang kaji di rumah rakan sebelum lokasi tersebut diserbu polis kerana terdapat dadah.

  • Dia turut ditahan, namun keputusan ujian air kencing adalah negatif.

  • Dia dibebaskan dengan jaminan RM1,000 tetapi masih perlu hadir ke mahkamah sementara menunggu laporan rasmi polis.

  • Netizen menasihati agar pelajar memilih tempat yang selamat untuk ulang kaji agar tak ditimpa musibah.

Justeru, individu berkenaan menitipkan pesanan kepada ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menasihati anak-anak supaya memilih tempat yang selamat untuk belajar.

"Kita pesanlah dengan anak-anak kita, anak buah, saudara mara... kalau nak study tu, duduk sajalah dekat perpustakaan.

"Tak payah pergi rumah kawan. Bukan apa, takut jadi macam ni. Dengan kita sekali terbabit," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib pelajar berkenaan yang disifatkan sebagai mangsa keadaan.

Ramai yang berpendapat situasi itu jelas menunjukkan betapa pentingnya memilih persekitaran dan rakan yang betul, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal keselamatan serta masa depan.

Artikel Lain