suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patut la rasa diintip, rupanya salah sendiri kongsi ‘live location’ di media sosial

Perkongsian butiran diri dan aktiviti semasa boleh mengundang padah. -Gambar hiasan AI

BERKONGSI lokasi semasa atau real time secara terbuka di media sosial ketika berada di sesuatu tempat berisiko mengundang bahaya.

Lebih membimbangkan apabila, ia mengundang perhatian penjenayah termasuk kegiatan pecah rumah atau pengintipan yang membolehkan individu dengan niat jahat menjejaki pergerakan anda.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, pengguna Facebook Ameer Hamzah menyatakan tindakan berkongsi lokasi secara terbuka itu memudahkan intipan dilakukan.

Malah dia mengakui pernah melakukan perkara sama ketika melakukan siasatan ke atas seseorang.

Tegasnya, sekiranya ingin memaklumkan tentang lokasi tersebut, ia boleh dibuat selepas kira-kira tiga hingga empat jam meninggal kawasan berkenaan.

Ini perkara yang perlu anda sembunyikan daripada pengetahuan umum atau di media sosial.

1. Rahsiakan nama penuh.

2. Alamat rumah tidak sewajarnya diberikan secara terbuka.

3. Nombor MyKad atau telefon juga perlu dirahsiakan bagi mengelakkan ia disalahgunakan.

4. Lokasi tempat kerja juga tidak perlu didedahkan kepada umum.

5. Maklumat berkaitan harta dan aset tidak sewajarnya dikongsikan secara terbuka.

6. Lokasi terkini bagi mengelakkan jenayah.

Artikel Lain