suria
mStar - Urban.Versatil

Usah terpesona jumpa telur ada ‘pelangi’, rupanya tanda sudah dihuni bakteria... Buang terus, basuh perkakas untuk elak risiko kesihatan

Telur iridescent mengandungi bakteria yang dapat melawan antibiotik.

MEMANG menakjubkan apabila melihat kilauan 'pelangi' (iridescent) dalam putih telur yang baru dipecahkan.

Namun tahukah anda, situasi rare itu sebenarnya berbahaya.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, telur yang mengandungi 'pelangi' adalah paling bahaya.

"Jangan terpesona. Itu bukan telur kayangan, tetapi menandakan telur sudah dihuni oleh bakteria Pseudomonas.

"Bakteria Pseudomonas terutamanya P. aeruginosa menghasilkan pigmen khas iaitu pyoverdine and pyocyanin yang bersifat fluorescent

"Apabila terkena cahaya, dia akan nampak bersinar-sinar atau bertukar warna," jelasnya.

Bakteria tersebut juga disifatkan sebagai kuman yang bukan calang-calang kerana boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk seperti muntah dan cirit-birit.

Kesan pelangi wujud kerana bakteria tersebut menghasilkan pigmen khas bersifat fluorescent.

Kesan pelangi wujud kerana bakteria tersebut menghasilkan pigmen khas bersifat fluorescent.

Bagi kes serius iaitu bakteria masuk ke dalam darah, mangsa boleh mengalami jangkitan kuman yang susah dirawat.

Ia berikutan bakteria berkenaan disifatkan 'pandai' melawan antibiotik atau dikenali antibiotic resistant.

Justeru jika terjumpa telur berpelangi, anda disaran untuk melakukan perkara berikut: 

1. Jangan hidu 

Kebiasaannya bau dia biasanya masam atau busuk buah.

2. Jangan cuba basuh

Tindakan membasuh tidak akan menghilangkan bakteria berkenaan.

3. Jangan sekadar buang bahagian berwarna

Pencemaran bukan sekadar di bahagian berwarna pelangi sahaja, sebaliknya telah meliputi keseluruhan telur.

Oleh itu sebaiknya, buang kesemua telur tersebut.

4. Cuci perkakas yang telah mengenainya

Pastikan anda mencuci kuali atau mangkuk yang sudah terkena telur tersebut.

Gunakan sabun dan air panas untuk mematikan kuman.

Artikel Lain