suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kian berusia, makin padu! Puncak seksual lelaki bermula pada usia 35 tahun

Pakar dedah usia kemuncak seksual bagi lelaki.

APABILA bercakap tentang kehendak seksual, ramai yang beranggapan zaman muda remaja atau awal 20-an adalah waktu kemuncak bagi seorang lelaki. 

Namun, tanggapan itu meleset sama sekali.

Menurut pakar kesihatan mental, Amirul Ramli, fasa kemuncak atau sexual peak bagi seorang lelaki berlaku pada usia yang lebih matang.

Berdasarkan kajian yang melibatkan hampir 70,000 individu, berikut adalah fakta menarik yang perlu anda tahu.

1. Usia 35 hingga 45 tahun adalah waktu kemuncak lelaki

Kebanyakan lelaki berada pada tahap terbaik mereka apabila mencecah usia 35 hingga 45 tahun.

Menurut Amirul, terdapat beberapa faktor psikologi dan persekitaran yang menyumbang kepada perkara ini termasuklah keyakinan diri, pengalaman dan kestabilan hidup.

"Mereka ini berasa in control," jelas beliau.

2. Penurunan mengikut usia

Adalah lumrah bagi setiap manusia untuk mengalami penurunan kehendak seksual apabila usia semakin meningkat. 

Namun, terdapat perbezaan ketara antara jantina yang mana golongan wanita mengalami penurunan lebih cepat berbanding lelaki.

3. Situasi berbeza apabila anak ramai

Ini adalah fakta yang paling mencuri tumpuan ramai. 

Terdapat kajian yang menyatakan kehendak seksual golongan wanita biasanya menurun apabila anak ramai.

Berbeza situasi dengan lelaki yang kehendak seksualnya cenderung meningkat.

Artikel Lain