suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak boleh nyanyi nada betul“ - Ali XPDC abai hasrat buat persembahan, fokus jaga kesihatan

Ali kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

SUSULAN masalah kesihatan yang dihadapi, penyanyi Ali XPDC terpaksa melupakan seketika hasrat untuk terus aktif menerima tawaran persembahan.

Kata Ali atau Mohd Ali Ismail, 58, kini dia hanya mampu sekadar memenuhi undangan rakan-rakan artis untuk hadir sebagai tetamu dalam beberapa acara yang dianjurkan.

Menurutnya, disebabkan faktor kesihatan tidak mengizinkan, dia sukar untuk menyanyi dengan nada yang betul.

Keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk Ali aktif menyanyi. 

"Kalau nampak saya di mana-mana acara itu hanya sekadar jemputan rakan-rakan. Saya tak terlibat pun.

"Saya tak boleh nak menyanyi dengan betul. Boleh katakan, nyanyian itu saya tolak dahulu," katanya kepada mStar.

Ketika dihubungi, kedengaran suara penyanyi ini seakan-akan mencungap dan tidak dapat bertutur dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sesak nafas, Ali XPDC kena serangan jantung 

ARTIKEL BERKAITAN: 11 hari terima rawatan hospital, Ali XPDC kini rehat di rumah

Ali juga memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan memberi fokus kepada penjagaan kesihatan diri.

"Nak kata sihat itu tidaklah, nak kata tak sihat pun tidak juga. Beginilah keadaan saya.

"Saya banyak berbaring sahaja di rumah. Sampai waktu solat, saya akan ke masjid. Untuk uruskan diri sendiri, insya-Allah masih mampu," ujarnya.

Ali sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital. 

Pada Oktober lalu, Ali dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami serangan jantung.

Sebelum ini, dia juga pernah beberapa kali menerima rawatan di hospital akibat masalah sama.

Ali mula mengalami masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, Ali juga dilihat sering menghadiri acara anjuran rakan artis sebagai tanda sokongan dan sekadar membuat persembahan secara santai.

Artikel Lain