VOKALIS kumpulan XPDC iaitu Ali memaklumkan menerima rawatan di dua buah hospital akibat mengalami masalah paru-paru berair.
Ali atau Mohd Ali Ismail, 57, sebelum ini dia dimasukkan ke Hospital Shah Alam selama 11 hari sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk rawatan susulan.
"Sebelum ini saya menerima rawatan 11 hari di Hospital Shah Alam, selepas itu saya dirujuk ke Serdang selama tiga hari.

Ali sebelum ini menerima rawatan di hospital Shah Alam dan Serdang.
"Saya dimasukkan ke hospital sebab semput, sukar nak bernafas. Ada masalah paru-paru berair," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Dalam pada itu, Ali memberitahu dia sudah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu.
Kata Ali, dia berada dalam keadaan baik dan kini sedang berehat di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sesak nafas, Ali XPDC kena serangan jantung
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ali XPDC meninggal dunia akibat kanser payudara
Ketika dihubungi kedengaran suara Ali juga tidak bermaya.
"Alhamdulillah dua hari lepas saya sudah pun keluar daripada hospital. Sekarang ini saya sedang berehat di rumah.
"Insya-Allah tahap kesihatan baik-baik saja tetapi masalah kesihatan ni datang berkala," ujarnya.
Untuk rekod, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya pada 27 Mac lalu kerana mengalami masalah sama iaitu kesukaran bernafas.
Ali sebelum ini pernah mengalami serangan jantung dan berdepan masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


