suria

Seluar dalam kena darah macam datang haid, Alfie Zumi tanya ChatGPT minta jawapan

Alfie pelik apabila boxer dipakainya itu tiba-tiba ada darah.

PENYANYI rap, Alfie Zumi, terkejut selepas menemui seluar dalam (boxer) miliknya dipenuhi darah sehingga menimbulkan kebimbangan.

Alfie, 31, berkata, dia sebelum ini tidak pernah mengalami kejadian sebegitu dan tidak tahu punca darah tersebut.

“Terjumpa boxer penuh dengan darah banyak macam darah haid. Mana datang pula darah dari punggung saya?,” tulisnya.

Alfie menafikan dirinya cuba raih publisiti murahan.

Alfie berkongsi perkara itu menerusi akaun Threads pada Ahad.

Untuk mendapatkan jawapan, Alfie kemudian bertanya kepada ChatGPT dan tidak menyangka aplikasi itu memberi penjelasan berkaitan ilmu pengasih.

Tidak lama selepas itu, Alfie memaklumkan dia telah membakar seluar dalam berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Terdapat juga spekulasi mengatakan Alfie mungkin mengalami masalah buasir (hemorrhoids), namun penyanyi itu menafikan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan Daiyan Trisha dalam ‘Jom Raya’ mencuit hati, lirik santai buat pendengar terus melekat

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Dwan Olan muntah darah, dedah 2 tahun derita sihir... Suami pula tunjuk perangai pelik

“Tidak, saya tiada sebarang simptom pun dan saya buang air besar dengan selesa,” jelasnya.

Malah, Alfie turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang membuat andaian kononnya dia cuba meraih publisiti murahan.

“Saya sangka ramai orang gila, rupanya ada lagi yang lebih bodoh. Kalau saya nak perhatian, saya tak post dekat feed, bukan di story,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain