suria

Balik rumah lewat, Amad tetap semangat ke sekolah... Siti Saerah tak mahu orang mengata belakang

Amad (kiri) tetap bersemangat hadir awal pagi ke sekolah.

PENYERTAAN dalam program realiti Talk To Manager tidak menganggu rutin persekolahan Ahmad Dayyan apabila penyanyi berkenaan membuktikan tetap hadir ke sekolah seawal pukul 7 pagi. 

Menurut ibunya iaitu penyanyi Siti Saerah Tarudin, 42, meskipun pulang lewat selepas mengikuti program tersebut, Ahmad atau lebih mesra disapa Amad tetap diberi peringatan untuk mengutamakan pelajaran. 

Kongsi Saerah, bukan mudah untuk mengejutkan anak lelakinya bangun awal, namun dia memuji semangat yang ditunjukkan oleh Amad. 

Amad pertama kali menyertai program realiti televisyen.

"Memang semalam agak lambat juga kami balik rumah sebab ada sidang media selepas program. Tapi saya dah tegaskan kepada Amad macam mana penat sekolah kena utamakan. Kena datang sekolah. 

"Saya tak nafi memang struggle nak kejut anak bangun tidur. Itu salah satu tanggungjawab Amad juga. Alhamdulillah dia kuatkan semangat dan hadir ke sekolah seperti biasa. 

"Pelajaran mesti diutamakan, saya tak mahu nanti orang mengata di belakang kita," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang terkeluar suara ‘angsa’, Ahmad Dayyan takut dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Umai, kali ini Amad pula tunjuk bakat… Siti Saerah sokong minat anak-anak menyanyi

Dalam pada itu, Saerah tidak menafikan Talk To My Manager yang merupakan program hiburan pertama disertai Amad sedikit sebanyak memberi cabaran besar.  

Tegas Saerah, dia sudah mempersiapkan jadual untuk menyusun aktiviti sekolah dan latihan menyanyi agar Amad tidak mengabaikan pelajaran di sekolah.

Saya dah tegaskan kepada Amad macam mana penat sekolah kena utamakan.

SITI SAERAH TARUDIN

PENYANYI

"Ini merupakan kali pertama Amad sertai program hiburan yang besar. Memang agak sukar buat Amad kerana mungkin terlampau drastik. Tetapi sedikit demi sedikit dia mula faham. 

"Saya selalu cakap dekat dia kalau di sekolah, kena betul-betul fokus pada pelajaran tak perlu fikir fasal perkara-perkara di luar sana. 

"Jadual dia pun saya dah susun, walau apa sekali pun waktu persekolahan Amad takkan terganggu. Insya-Allah saya sentiasa mendoakan terbaik untuk anak saya," katanya. 

Saerah sentiasa memastikan Amad tidak mengaibaikan pelajaran.

Pada malam Ahad, Amad menyanyikan lagu Azimat Cinta nyanyian ibu saudaranya iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di minggu pertama program Talk To My Manager. 

Talk To My Manager merupakan sebuah pertandingan hiburan yang bukan sekadar mencari pemenang tetapi menguji legasi, kepercayaan dan ketahanan emosi antara ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri. 

Program ini disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan boleh distrim di Astro Go dan Sooka pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain