BERSEMPENA ulang tahun perkahwinan keenam, pelakon Kevin Andrean membuat kejutan istimewa buat isterinya, Sylvia Fully dengan mengabadikan wajah wanita itu menerusi tatu pada bahagian dadanya.Kevin, 34, berkata tindakan tersebut merupakan simbol cinta dan penghargaan terhadap isterinya yang sudah enam tahun berkongsi kehidupan bersama. Lebih menyentuh hati, Sylvia turut berada di sisi suaminya sepanjang proses mencacah tatu berkenaan.Kevin kongsi proses mencacah tatu di tubuhnya.Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Sylvia dilihat memegang tangan Kevin sambil mengusap bahagian dada suaminya yang dihiasi tatu wajahnya.Sylvia juga beberapa kali mencium tangan Kevin seolah-olah terharu dengan kejutan istimewa tersebut."Selamat ulang tahun perkahwinan, isteriku Sylvia Fully. Dahulu saya menemani kamu di bilik pembedahan ketika melahirkan cahaya mata kita."Sekarang kamu pula menemani saya mengabadikan tanda cinta kita pada tubuh ini untuk selama-lamanya. Sayang kamu!" tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Miliki RM149 juta tapi enggan beli rumah sendiri, Dilraba Dilmurat lebih selesa menginap hotelARTIKEL BERKAITAN: Padah pakai loket terukir Ayat Kursi ketika Deepavali, Kareena Kapoor terima notis undang-undangDalam pada itu, Sylvia turut membalas perkongsian tersebut dengan meluahkan rasa terharu terhadap pengorbanan dan tanda cinta yang diberikan suaminya.Menurut Sylvia, sambutan ulang tahun perkahwinan kali ini cukup bermakna apabila Kevin memilih untuk mengabadikan wajahnya pada tubuh lelaki itu."Ulang tahun perkahwinan kali ini berbeza. Bukan sekadar ucapan dan sambutan, tetapi wajah saya diabadikan pada kulit awak sepanjang hayat.Sylvia terharu dengan bukti cinta suaminya."Biarkan tanda cinta yang terukir pada tubuh ini menjadi bukti bahawa KevinFully akan sentiasa bersama selamanya," katanya.Untuk rekod, Kevin dan Sylvia mula berkenalan ketika sama-sama membintangi sinetron Siluman Ular pada 2019 sebelum mendirikan rumah tangga pada Oktober 2020.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Serenata Jiva Andrean dan Arkanza Shilendra Andrean.