Urutan bukan sahaja melegakan keletihan selepas seharian bekerja, malah membantu memulihkan fungsi sistem dalaman tubuh. -Gambar hiasan AI
MENDAPATKAN khidmat urutan badan lazimnya menjadi pilihan ramai wanita untuk melegakan lenguh dan ketidakselesaan selepas penat menguruskan keluarga serta anak-anak.Namun, pengalaman seorang wanita ketika mendapatkan khidmat tukang urut sempena hari lahirnya bertukar pahit apabila dia dilemparkan dengan komen yang disifatkan agak keterlaluan mengenai bentuk dan keadaan fizikalnya. Menceritakan pengalaman tersebut, wanita berkenaan berkata dia memanggil seorang tukang urut di Melaka selepas kerap mengadu mengalami lenguh badan kepada suaminya."Masa tanya dekat akak tu, badan aku banyak angin ke apa? Dia punya jawapan buat aku macam terkedu dan tergamam. Rasa macam kenapa dia boleh cakap macam tu?Kritikan mengenai tubuh boleh membuatkan individu berasa rendah diri. -Gambar hiasan AI"Dia cakap badan aku banyak angin, rahim tak cukup kecut. Siap boleh cakap aku punya (otot lantai pelvis) sudah tak kuat nak grip (daya cengkaman lemah)."Senang cerita... kata tukang urut, kalau aku bersama dengan suami, dia tak puas la. Aku sedih, kenapa cakap macam tu," ujarnya dalam hantaran di Threads.Tukang urut berkenaan turut membandingkan keadaan fizikalnya dengan wanita lebih berusia selain mempersoalkan keadaan tubuhnya yang dikatakan sudah mengalami pelbagai masalah.Walaupun mengakui urutan tersebut memuaskan dan melegakan kesakitan badan, dia terkilan dengan cara tukang urut tersebut menyampaikan pandangan sehingga menyentuh perkara peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: Tukang urut tradisional amal sejak usia belasan tahun… Hasilnya memang luar biasa, kekal awet muda!ARTIKEL BERKAITAN: Tukang urut menyesal letak harga seikhlas hati, pelanggan tergamak bayar RM30 selepas dua jam ‘massage full body’Lebih menggores hati dan membuatkan wanita itu berasa tebal muka, teguran berbaur sensitif mengenai hubungan intim bersama suaminya itu dibuat secara terbuka di hadapan ibunya sendiri."Macam-macam dia cakap, kononnya aku ni budak muda tapi tak nak berpantang betul-betul. Dia cakap, ini baru anak seorang tapi sudah banyak angin, lenguh-lenguh bagai."Perlu ke cakap macam tu? Tak boleh ke kalau nak cakap tu berlapik sikit. Sudah la cakap depan mak aku. Mujur suami aku tak ada masa tu."Tipu la kalau tak sedih, sampai terketar-ketar la bibir aku menahan sedih. Tapi depan tukang urut tu aku pura-pura tunjuk tak sedih," katanya lagi.Wanita terkilan dengan komen tukang urut mengenai keadaan tubuhnya.Tukang urut dakwa rahim tidak cukup kecut dan daya cengkaman otot intim lemah.Pengalaman urutan sempena hari lahir bertukar detik menyedihkan.Wanita malu apabila komen sensitif dibuat di hadapan ibunya.Warga maya berbeza pandangan mengenai tindakan tukang urut berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran tersebut turut menerima pelbagai reaksi warga maya yang masing-masing mempunyai pandangan berbeza mengenai tindakan tukang urut berkenaan.Ada yang berpendapat wanita itu tidak sepatutnya berkecil hati kerana tukang urut berkenaan cuma berterus terang supaya dia dapat mengambil tindakan sewajarnya."Kenapa nak marah? Bagus la dia berterus terang supaya awak tahu badan ada masalah dan perlu buat sesuatu. Kadang, kalau cakap berlapik nanti orang tak faham."Sebenarnya tukang urut tu cakap, okey je. Yang tak okey sebab dia cakap benda tu depan orang lain. Kalau nak cakap, dekat tuan badan je. Apabila orang lain dengar, terbuka la aib," komen sebahagian netizen.