suria

Tukang urut tradisional amal sejak usia belasan tahun… Hasilnya memang luar biasa, kekal awet muda!

Pemakanan sihat boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu. -Gambar hiasan AI

RAMAI mengimpikan untuk kekal kelihatan awet muda, bukan sahaja daripada segi penampilan luaran malah tubuh yang sihat, bertenaga dan bebas masalah kesihatan walaupun usia semakin meningkat.

Tukang urut tradisional dikenali sebagai Umie Marissa berkongsi rutin ringkas yang diamalkannya sejak usia 12 tahun dalam usaha mengekalkan keremajaan sama ada dalaman mahupun luaran.

1. Mulakan pagi dengan air suam dan kurma

Selepas solat Subuh dan sebelum makan atau minum apa-apa, minum air suam dan makan kurma terlebih dahulu bagi membantu persediaan sistem badan.

Umie berkongsi petua yang diamalkan sejak usia 12 tahun.

2. Air suam yang disertakan dengan selawat sebagai amalan

Air suam dibaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tujuh kali dengan niat memohon kesihatan dan menyingkirkan toksin dalam badan.

3. Minum air sebelum makan

Amalan minum air sebelum makan dipercayai membantu proses membuang toksin semula jadi dan menyokong kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Dengan rutin ringkas ini, Umie mendapati berat badannya lebih terjaga dan tubuh kekal sihat tanpa masalah kesihatan serius.

Sebelum ini, seorang pegawai perubatan, Dr Aisyah Syahira ada berkongsi mengenai manfaat yang terdapat dalam kurma menerusi portal Hello Doktor.

Menurut Dr Aisyah, kurma merupakan antara buah yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan kerana mengandungi mineral penting.

Antaranya adalah potasium dan magnesium yang berperanan dalam menjaga fungsi jantung, melancarkan pergerakan otot serta membantu mengekalkan tekanan darah yang stabil. 

Selain itu, kurma juga tinggi dengan serat yang diperlukan oleh sistem penghadaman untuk mencegah sembelit dan membantu mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

Ia sekali gus menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh apabila diamalkan secara sederhana dan konsisten.

Artikel Lain