suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Junior menangis teresak-esak ditengking staf senior, marah bawa lauk sama aktiviti ‘potluck’ pejabat!

Aktiviti potluck di pejabat merupakan salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja. -Gambar hiasan AI

AKTIVITI potluck di pejabat ibarat sudah menjadi trend dalam kalangan pekerja.

Selain mampu mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja, ia juga menjadi ruang untuk kakitangan meluangkan masa bersama di luar rutin harian yang sibuk.

Namun, siapa sangka aktiviti yang sepatutnya menceriakan suasana pejabat itu boleh bertukar menjadi tegang hanya disebabkan perkara remeh.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap biadab staf senior di pejabatnya.

Senior berkenaan didakwa sengaja mencetuskan 'drama' gara-gara isu lauk yang dibawa rakan sekerja lain.

Suasana kerja yang harmoni dapat meningkatkan produktiviti pekerja. -Gambar hiasan AI

"Kejadian berlaku di pejabat kami. Asalnya rancang nak buat potluck, jadi masing-masing senaraikan nama dan tak ada pula tetapkan kena bawa makanan apa... maknanya ikut selera masing-masing.

"Tiba-tiba ada seorang staf ini yang jenis 'terpaling', pergi menjerit dan marah-marah dekat seorang staf lain. Puncanya cuma sebab bawa lauk sama. Masalahnya, jenis protein sahaja yang sama tetapi masakan berbeza," kongsinya.

Menurutnya, insiden berkenaan bukan sahaja mencemarkan suasana ceria warga pejabat untuk berkongsi pelbagai juadah, malah menyebabkan rakan sekerja yang diherdik itu menangis teresak-esak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami anggap staf macam famili” - HR dedah ayat manis syarikat toksik, siap sedia kena kerja luar waktu pejabat!

ARTIKEL BERKAITAN: Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!

"Pelik betul. Tak pernah lagi tengok orang bergaduh tentang benda remeh macam ini. Boleh sahaja bincang baik-baik. Awak itu sudah berumur, sangat tak matang.

"Malu dekat adik-adik (staf junior). Orang nak berseronok buat potluck ini... sangat menyedihkan dan memang joykiller. Kesian kawan itu sampai menangis dibuatnya," ujarnya.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut mendakwa, staf yang sama sudah mula mencetuskan isu sejak dari awal pemakluman aktiviti berkenaan lagi. 

Ujarnya, staf tersebut memandai-mandai mengarahkan seorang rakan sekerja menyediakan menu spesifik, sedangkan mereka diberi kebebasan untuk menyediakan apa sahaja juadah.

  • Seorang individu kecewa terhadap sikap biadab staf senior ketika aktiviti potluck di pejabat.
  • Staf senior itu didakwa menjerit dan memarahi rakan sekerja kerana membawa lauk yang sama.
  • Insiden itu menyebabkan rakan sekerjanya menangis dan menjejaskan suasana ceria aktiviti potluck.
  • Staf senior itu juga didakwa mengarahkan rakan sekerja menyediakan menu tertentu.
  • Netizen menyifatkan sikap tersebut tidak matang dan boleh menjejaskan keharmonian tempat kerja.

"Rakan sekerja yang seorang ni nak bawa nasi putih... eh dia suruh bawa nasi butter. Orang tu dah cakap tak pandai buat, dia suruh belajar dengan lagi seorang colleague ni," kongsinya di Threads. 

Perkongsian berkenaan turut mengundang rasa geram dalam kalangan netizen yang menyifatkan sikap sedemikian boleh menjejaskan keharmonian di tempat kerja, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara kecil.

"Suruh dia buka katering sendiri la nak paksa-paksa pula orang buat.

"Biasa je lauk sama. Makan je lah, rasa pasti tak sama sebab lain orang yang masak.  

"Dia dah tak ada isu besar lain lagi ke dalam hidup dia untuk digaduhkan?" komen netizen.

Artikel Lain