suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tegur tabiat pelanggan suka berkumur di sinki kedai makan! Sudahlah tak siram air, siap buang kahak - “Hilang selera makan tau“

Sikap berkumur di kedai makan boleh menyebabkan orang lain hilang selera. -Gambar hiasan AI

RAMAI masih kurang cakna tentang adab ketika makan di restoran sehingga ada kalanya kelakuan ditunjukkan membuatkan pelanggan lain tidak selesa.

Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pelanggan yang gemar berkumur di sinki tempat mencuci tangan di kedai makan.

Menurut wanita itu, perbuatan berkenaan bukan sahaja kurang menyenangkan malah boleh menyebabkan pelanggan lain hilang selera makan.

Selain kebersihan, layanan baik juga menjadi pilihan pelanggan. -Gambar hiasan AI

Selain kebersihan, layanan baik juga menjadi pilihan pelanggan. -Gambar hiasan AI

"Minta tolong, kalau makan di restoran selepas habis makan pergilah ke sinki untuk cuci tangan sahaja.

"Kalau hendak berkumur, masuk tandas atau tunggu sampai rumah.

"Orang lain tengah makan, kau sedap berkumur kemudian meludah semula ke dalam sinki di depan orang. Hilang selera makan orang," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah ‘dark side’ kerja di festival makanan, kembang tekak bos ajar jangan basuh bahan mentah - “Tomyam empat hari tambah air je”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tercengang pelayan kedai makan tanya berat badan sebelum ambil pesanan... Siap beritahu tak semua menu boleh makan!

Tambah wanita itu, keadaan menjadi lebih menjengkelkan apabila ada individu tidak membersihkan sinki selepas berkumur.

"Lepas berkumur tak reti bersihkan semula, penuh dengan tahi gigi kau je dalam sinki tu," rungutnya lagi.

Justeru, dia berharap orang ramai lebih peka terhadap kebersihan dan keselesaan pelanggan lain ketika menggunakan kemudahan awam di kedai makan.

  • Wanita kurang senang melihat pelanggan berkumur di sinki kedai makan.
  • Tindakan itu didakwa menyebabkan pelanggan lain hilang selera makan.
  • Lebih menjengkelkan apabila sinki dibiarkan kotor selepas digunakan.
  • Warga maya turut berkongsi pengalaman melihat pelanggan membuang kahak dan hingus di sinki.
  • Orang ramai diingatkan supaya menjaga kebersihan dan keselesaan pelanggan lain.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang mengakui sering melihat perbuatan tersebut ketika makan di restoran atau kedai makan.

"Belum lagi yang buang kahak! Siap berbunyi lagi. Lepas tu 'berlari-lari' kahak dia dalam sinki tu bila terkena air.

"Sebab itu kalau pergi kedai makan, saya elak duduk meja dekat dengan sinki atau tandas. Geli," antara komen warga maya.

Artikel Lain