SETIAP pelanggan di mana-mana premis perniagaan wajar mendapat layanan yang sopan dan penuh hormat, tanpa sebarang bentuk penghinaan atau sindiran.Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap layanan diterimanya daripada seorang staf lelaki di sebuah kedai makan ketika ingin membuat pesanan minuman. Menurutnya, dia tidak menjangka akan menerima sindiran memalukan daripada pekerja restoran masakan pantai timur tersebut.Layanan baik akan membuatkan pelanggan datang semula ke premis.-Gambar hiasan AI"Tolong la jaga adab apabila ambil pesanan pelanggan. Saya ada panggil seorang staf untuk ambil pesanan air je."Tiba-tiba dia tanya... berapa berat badan? Excuse me? Apabila saya tanya balik kenapa, dia jawab... tak semua benda boleh makan," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak moist, guna telur ke?” - Pujian dibalas sindiran... Peniaga melenting dakwa pelanggan cuba ‘korek’ resipi kek batikARTIKEL BERKAITAN: [V] Bertempiaran lari, pelanggan restoran cemas gerai mercun terbakarTambahnya, kenyataan tersebut jelas melampaui batas dan disifatkan sebagai penghinaan kepada keadaan fizikalnya."Kurang ajar. Itu bukan lawak atau ambil berat ya. Itu body shaming."Kerja kau ambil pesanan, bukan jatuh hukum tentang berat badan pelanggan. Kita datang nak makan, bukan nak kena hina," katanya.Pelanggan dakwa disindir staf ketika buat pesanan.Ditanya berat badan, disifatkan body shaming.Kenyataan dianggap melampau, bukan gurauan.Minta pengurusan ambil tindakan.Netizen bimbang jejaskan perniagaan.Ringkasan ini dijana oleh AIPelanggan itu turut menegaskan bahawa setiap individu berhak dilayan dengan hormat, apatah lagi apabila mereka datang untuk menyokong perniagaan."Harap pihak pengurusan ambil serius perkara ni. Jangan normalisasikan staf biadab macam ni."Pelanggan datang bawa rezeki, bukan dijatuhkan maruah," katanya. Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa restoran berkenaan bakal mengalami kerugian dengan sikap pekerja sedemikian."Tak lama lagi, 'sendulah' sebab orang tak nampak kedai ni, dakwa kena sihir atau buatan orang. Padahal buatan staf sendiri."Mungkin dia nak bergurau kot, tapi gurau tak kena cara," komen warga maya.