DUNIA pekerjaan sememangnya penuh dengan cabaran dan persaingan.Tidak hanya daripada segi tugasan harian, tetapi juga dalam mendapatkan pengiktirafan atas usaha yang diberikan. Demikian dengan situasi yang dihadapi seorang individu ini yang meluahkan rasa sedikit kecewa selepas mengetahui dua rakan sekerjanya menerima kenaikan pangkat.Apa yang membuatkan dia semakin sedih dan hilang semangat, kedua-dua rakan sekerjanya itu terlibat dalam projek yang sama mereka usahakan.Namun namanya tidak tersenarai untuk diberi pengiktirafan.ARTIKEL BERKAITAN: Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji - “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”ARTIKEL BERKAITAN: Dapat jemputan ‘open house’ melalui orang tengah, itu pun lepas satu pejabat bercerita! Wanita yakin rakan sekerja sekadar ‘ajak-ajak ayam’"Dapat tahu dua orang daripada pasukan kecil aku dapat promotion (naik pangkat)."Padahal kami semua deliver something untuk tahun lepas," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.Tidak langsung berniat untuk mempertikaikan keputusan pihak atasan ataupun berasa cemburu dengan rezeki rakan sekerjanya, individu tersebut berkata dia sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.Kerja keras yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. -Gambar hiasan AIMalah dia memilih untuk kekal positif, dengan harapan bahawa setiap rezeki dan peluang akan tiba pada masa yang tepat."Aku cuba pujuk hati dengan cakap rezeki takkan salah alamat, giliran aku akan sampai juga."Tak tahu kenapa rezeki aku selalu berat apabila melibatkan benda-benda macam ni. Dekat syarikat lama pun sama," katanya lagi.Di laman komen, perkongsian individu itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya. Seorang individu kecewa selepas dua rakan sekerjanya dalam pasukan yang sama menerima kenaikan pangkatDia terlibat dalam projek yang sama, namun hanya rakan sekerjanya dapat pengiktirafan.Individu itu menegaskan dia tidak berniat mempertikaikan keputusan pihak atasan atau cemburu, tapi hanya meluahkan perasaan.Dia cuba kekal positif dengan percaya bahawa giliran dirinya akan tiba pada masa sesuai.Netizen memberi kata-kata semangat dan nasihat supaya dia tidak berputus asa.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-ratanya menzahirkan kata-kata semangat serta menasihatinya supaya tidak berputus asa dengan situasi berkenaan.Ada juga yang berpendapat bahawa setiap penilaian prestasi dan kenaikan pangkat biasanya melibatkan pelbagai faktor tertentu yang mungkin tidak diketahui oleh pekerja di peringkat bawahan, selain menyeru agar individu tersebut terus fokus meningkatkan prestasi diri."Walaupun deliver benda sama, mungkin ada skills yang mereka ada tapi kamu tak ada."Ada kes terlalu humble pun orang tak promote."Kena kaji balik apa kelemahan diri sendiri dalam bekerja. Mungkin diri sendiri tak ambil peduli, tapi orang lain akan ambil peduli," komen netizen.