PERSAHABATAN yang terbina selama bertahun-tahun belum terjamin akan bertahan selamanya, lebih-lebih lagi apabila masing-masing melalui fasa kehidupan berbeza.Seperti wanita ini, dia terasa diri disisihkan oleh tiga sahabat baiknya yang dikenali sejak dari zaman universiti sekitar 14 tahun lalu. Menurutnya, hubungan mereka mula rengang tahun lalu apabila dia mendapat tahu tiga sahabatnya keluar bersama dan mendapat tahu perkara itu menerusi perkongsian di media sosial."Tiba-tiba mereka up dekat IG Story, keluar bersama bawa anak-anak tapi saya tak tahu langsung tentangnya. Saya tertanya-tanya dekat mana diaorang bincang?Komitmen terhadap keluarga membuatkan kebanyakan wanita yang sudah berkahwin mempunyai masa terhad untuk bersosial. -Gambar hiasan AI"Saya semak WhatsApp group kami, tidak ada. Sebab takut saya yang terlepas pandang ke apa," tulisnya dalam hantaran di Threads.Biarpun terasa hati dengan tindakan mereka membelakanginya, dia tetap memujuk hati sendiri kerana enggan mengeruhkan persahabatan yang sudah lama terjalin.Namun perasaan sama berulang minggu lalu selepas dia sekali lagi melihat tiga sahabatnya itu berkongsi gambar menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan salah seorang daripada mereka tanpa pengetahuannya.Apa lebih meggores perasaan, dia yakin perancangan tersebut dibuat secara peribadi tanpa niat untuk mengundangnya.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bestie’ di pejabat bertukar musuh kerana salah faham, sekarang tengok muka pun benci! Lagi parah tinggal satu tamanARTIKEL BERKAITAN: Baru nak merasa ‘check in’ hotel 5 bintang, ‘bestie’ buat perangai malu tak bertempat... Rendah diri pandu Perodua, tak bagi ‘bellman’ tipTidak mapu memendam persoalan yang bermain di fikiran, dia memberanikan diri menghantar mesej kepada salah seorang sahabatnya untuk mendapatkan penjelasan.Namun, jawapan yang diterima cukup mengecewakan dan seolah-olah dia menjadi punca keretakan hubungan di antara mereka."Dia just reply, 'sorry tau bukan tak nak blast dalam group, kadang-kadang kau pun ada hal tapi faham je'."Saya bertambah hairan sebab selama ini kalau diorang ajak lepak, tak pernah diorang yang datang daerah saya duduk ya. Sentiasa saya yang pergi dekat belah diorang.Seorang wanita sedih disisihkan tiga rakan rapat yang dikenali sejak universiti.Dia melihat rakan-rakannya keluar bersama tanpa pengetahuannya, di media sosial.Perasaan sedih memuncak apabila sekali lagi tidak dijemput ke majlis rumah terbuka salah seorang rakannya itu.Dia bertindak meminta penjelasan salah seorang daripada mereka namun jawapan diterima mengecewakan.Dia akhirnya sedar dan menilai semula persahabatan tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau betul saya yang toksik atau ada salah, boleh cakap je. Dah 14 tahun kawan, bukan baru setahun dua," tulisnya.Tambah wanita tersebut, dia bertambah sedih apabila mengenangkan usaha dibuat untuk menjadi seorang sahabat yang baik selama ini tidak dihargai."Kalau ada yang nak pinjam duit, tak pernah saya tak hulur. Birthday diorang, saya tak lupa walaupun diorang tak ingat birthday saya. Saya kirim dan order kek atau air guna p-hailing."Saya hidupkan group WhatsApp bila agak-agak lama sunyi. Saya tak tahu apa salah saya," akhirinya.Sebahagian daripada perkongsian netizen.Perkongsian wanita ITU mengundang perhatian netizen yang menasihatkan agar dia meletakkan batas memandangkan rakan-rakannya tidak lagi melihatnya sebagai sahabat."Pilih mereka yang memilih kamu, sis. Lagi tenang rasanya."Serahkan pada Allah... Jangan mengharap kepada manusia."Kalau perlu berundur, teruskan. Banyak lagi benda baik di dunia," demikian antara komen netizen.