suria

Suami dan penyondol kantoi bercuti di pulau sama dengan isteri, siap bawa familli kekasih! Wanita terus fail cerai walau sedang hamil

Kegembiraan percutian boleh berakhir dengan air mata. -Gambar hiasan AI

DICURANGI pasangan detik paling menyakitkan dalam sesebuah hubungan, lebih-lebih lagi pengkhianatan itu terbongkar secara tidak disangka-sangka.

Seperti wanita ini, insiden dikhianati bekas suami menjadi kenangan paling pahit yang turut menghancurkan perkahwinan yang dibina.

Imbaunya, kejadian bermula apabila bekas suami tidak jadi mengikutnya bercuti di sebuah pulau yang sudah dirancang setahun lebih awal dengan alasan cutinya dibatalkan pihak majikan.

Namun dia tidak pernah menyangka ia satu penipuan yang kemudiannya membongkar rahsia kecurangan yang melukakan hati.

"Masa itu aku faham (cutinya dibatalkan) sebab kami pun baru balik bercuti. Jadi bapak aku ganti untuk teman aku dengan anak aku. 

Dikhianati pasangan adalah sesuatu yang menyakitkan. -Gambar hiasan AI

Dikhianati pasangan adalah sesuatu yang menyakitkan. -Gambar hiasan AI

"Kami pergi dengan kawan aku satu famili," kongsi wanita tersebut.

Namun ketika sedang bersiar-siar di pulau berkenaan, dia terlihat kelibat mirip seorang lelaki yang sangat dikenali iaitu bekas suaminya.

Telahannya tepat apabila lelaki itu melarikan diri apabila dia memanggilnya untuk mendapatkan kepastian.

"Aku menjerit sekuat hati nama dia, tiba-tiba berdesup aku nampak dia berlari dari celah pokok.

"Aku pun kejar dia dan ambil ranting kayu, lalu baling ke arahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami curang bukan ‘lesen’ serang orang... Perbuatan rentap tudung ‘penyondol’ salah di sisi undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ‘spark’ alasan curang... Wanita tolak bermadu, suami nekad cerai demi halalkan penyondol!

"Dia berhenti lari. Aku tanya, kenapa buat aku macam ini? Dia hanya diam dan minta maaf," ceritanya.

Apa lebih menghancurkan hatinya sebagai seorang isteri, lelaki itu datang bersama wanita lain yang dipercayai kekasih gelapnya malah turut ditemani keluarga wanita berkenaan.

"Dia pergi dengan penyondol dan keluarga perempuan itu. Siap 'payung' lagi percutian. Walhal aku bayar A to Z semua benda setiap kali kami pergi bercuti.

"Aku rasa dia itu bongok, tidak ada tempat lain ke nak pergi kot ya pun nak menipu? 

"Patulah asyik tanya aku duduk bilik nombor berapa. Suruh ambil video suasana. Selalunya dia mana ambil kisah. Khianat paling bodoh," katanya.

  • Wanita terserempak suami curang di pulau sama.
  • Alasan cuti batal terbongkar sebagai penipuan.
  • Suami dipercayai sudah kahwin senyap di Thailand.
  • Keluarga wanita turut mengetahui kejadian itu.
  • Wanita hamil, nekad failkan perceraian.

Insiden itu turut membongkar rupa-rupanya bekas suaminya itu telah pun berkahwin secara rahsia dengan wanita tersebut di Thailand.

"Itu kali pertama aku bersemuka dengan penyondol itu. Dia dengan muka tak bersalah, bangga sebab bekas suami aku pilih bercuti dengan dia," ujarnya.

Cerita wanita itu lagi, apa lebih menyedihkan dia dimasukkan ke hospital selepas pulang dari bercuti dan disahkan sedang berbadan dua. 

Bagaimanapun dia tidak menjadikan kehamilannya sebagai alasan memaafkan perbuatan lelaki tersebut dan bertindak memfailkan penceraian.

"Aku nekad failkan cerai. Kalaulah anak aku tahu yang bapak dia ada dekat pulau itu. Nasib baik anak aku tak ikut aku meronda masa kejadian itu," katanya.

Artikel Lain