SIAPA tak seronok kalau dapat rezeki terpijak tetapi kalau setiap hari terima kiriman wang sebanyak RM50 daripada individu tidak dikenali boleh mendatang perasaan bimbang.Itu yang berlaku kepada seorang model Muslimah yang menerima wang tersebut daripada lelaki tidak dikenali menerusi akaun e-wallet miliknya. Menurut wanita itu, dia pada awalnya tidak mengetahui identiti pengirim namun lelaki itu bertindak berani menghubunginya melalui mesej peribadi (DM) di media sosial.Dia mengakui khuatir dan takut dengan sikap lelaki tersebut yang dipercayai 'ada udang di sebalik batu'."Saya takut kalau jadi yang bukan-bukan. Saya bukan tak nak husnuzon tapi dia nampak macam menekan sangat," luahnya.Terdapat lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap wanita di media sosial. -Gambar hiasan AIWanita itu kemudiannya berkongsi tangkap layar perbualan yang dimulakan lelaki misteri tersebut yang meminta alamat kediamannya."Saya ada nak beri hadiah. Boleh saya dapatkan alamat untuk saya pos hadiah tersebut? Barangnya bunga dengan cincin," tulis lelaki itu.Model itu kemudiannya cuba mendapatkan kepastian sama ada individu itu orang yang sama mengirim wang menerusi akaun e-wallet."Saya ikhlas sebab saya peminat cik. Niat saya kalau cik stress balik kerja boleh beli manisan ke," tulis lelaki itu lagi.Wanita itu bagaimanapun meminta lelaki tersebut agar tidak lagi mengirim wang kepadanya selain menjelaskan statusnya sebagai tunangan orang.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga hampir bergegar gara-gara sekotak rokok! Peminat misteri letak depan cermin kereta suami - “Dah tiada maruah ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Atlet sekolah 'seram' diganggu peminat misteri... siap ajak check-in hotel mewah, nak hire bodyguard elak kena tangkap - “Jangan risau la I tak santau...”Katanya, dia mula berasa takut apabila lelaki itu meluahkan hasrat menjadikan dia sebagai isterinya dan percaya dia adalah jodohnya."Saya sebenarnya suka kat cik. Kalau cik masih single, saya berniat untuk jadikan isteri. Saya setiap hari berdoa cik nampak saya."Tapi andai kata cik tak jadi nikah dengan tunang, saya tunggu," katanya yang kemudian meminta gambar pertunangan model tersebut.Tidak terhenti di situ, lelaki itu turut meminta wanita itu membimbingnya dalam usaha mengenal Allah namun menolaknya dengan baik.Enggan gangguan itu berterusan, model itu memblokir nombor telefonnya namun lelaki itu tidak berputus asa dengan meninggalkan komen di setiap hantarannya di media sosial.Model Muslimah risau selepas terima RM50 setiap hari daripada lelaki misteri.Lelaki itu hubungi DM, minta alamat dan mahu beri hadiah cincin.Dia turut luah hasrat untuk berkahwin walaupun ditolak.Wanita terpaksa mengaku sudah bertunang untuk elak gangguan.Netizen nasihatkan agar sekat dan jaga keselamatan diri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kau nak aku tak kacau lagi boleh. Kau doa dekat Allah cabut rasa suka aku dekat kau. Aku rasa doa kau lagi mustajab dari aku," katanya.Sementara itu, warga maya meminta model itu terus menyekat lelaki tersebut dari mana-mana platform media sosial."Bahaya untuk diri awak. Orang macam ni akan buat banyak akaun untuk stalk."Jaga diri, posting gambar jangan expose mata terus ke kamera."Pendapat saya, stop upload gambar walau berniqab. Stop update apa-apa. Doa banyak-banyak Allah lindung," saran netizen.