KERJAYA sebagai guru dilihat semakin mencabar apabila ada segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.Menurut seorang guru wanita, golongan pendidik juga berdepan cabaran apabila niat ikhlas mereka disalah ertikan oleh segelintir ibu bapa. "Rupanya cikgu sindir-sindir anak murid dalam kelas pun boleh kena report Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) ya. Habis tu apa je cikgu boleh buat? Guru yang garang mungkin kurang digemari oleh murid-murid. -Gambar hiasan AI"Pukul tak boleh, sindir tak boleh, marah tak boleh. Setiap kali bagi kerja rumah tak siap. Dalam kelas, kita mengajar, dia borak gelak-gelak dengan member belakang," luahnya.Menurutnya lagi, segala usaha guru bagaikan sia-sia apabila segelintir murid langsung tidak memberikan perhatian ketika sesi pengajaran berlangsung."Kita ni cikgu beria sediakan bahan dan pelan mengajar tapi akhirnya anak murid tak dapat apa sebab main-main dan kerja tak siap. Salah ke cikgu nak memanusiakan murid?Wanita dakwa ada ibu bapa tak puas hati anak mereka disindir oleh cikgu.Murid itu ditegur kerana kerana berkelakuan buruk ketika cikgu mengajar.Menurutnya, laporan ke atas guru dibuat menerusi SISPAA.Wanita itu berkata dia kesal usahanya mendidik bagaikan tak dihargai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bukannya cikgu pukul sampai nak kena SISPAA. Mak ayah yang asyik nak SISPAA cikgu ni, kalau dia mengajar anak sendiri, tahu pula naik angin kalau anak main-main," luahnya lagi.Guru itu bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci sama ada dia sendiri atau rakan pendidik lain yang berdepan tindakan berkenaan.Hantaran di aplikasi Threads itu menerima pelbagai respons daripada netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku member kau?” - Cikgu naik angin, hilang sabar murid biadab dalam kelas... Menjawab disuruh buat tugasan!"Tapi sindir memang tak elok. Nak marah pun tak boleh. Jadi cikgu-cikgu fokus je la pada murid yang nak belajar."Situasi sama macam saya. Kita dah habis sabar nak hadap kerenah murid yang tak hormat guru dan tak fokus belajar."Akhir nanti kalau tak mencapai kemenjadian murid, guru-guru juga dipersalahkan," tulis beberapa netizen.