suria

“Makcik jemput suami kamu je” - Dah kenyang makan lemang, wanita terkedu rupanya tak termasuk sebagai tetamu! Nak bayar tapi ditolak

Sesetengah individu memilih untuk menghadkan bilangan tetamu majlis atas faktor tertentu. -Gambar hiasan AI

BULAN Syawal sudah sampai ke penghujung namun masih ramai mengadakan rumah terbuka bagi mengambil peluang mengeratkan silaturahim sambil menikmati juadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun di sebalik kemeriahan itu, kadang-kala timbul juga situasi tidak dijangka yang boleh membuatkan tetamu berasa serba salah.

Begitulah juga kisah dikongsikan wanita ini mengenai pengalaman kurang menyenangkan ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini.

Menurutnya, dia hadir ke majlis tersebut bersama suami dan anak-anak tanpa mengetahui kehadirannya bersama anak-anak tidak dialu-alukan.

Ramai mengambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri untuk meraikan saudara dan rakan-rakan. -Gambar hiasan AI

"Dah makan apa semua, tuan rumah datang duduk sekali. Lepas itu dia cakap, setahu makcik, makcik jemput suami kamu je datang... tak tahu kamu datang sekali dengan anak-anak," kongsinya.

Kata-kata tersebut membuatnya tersentak kerana kehadiran mereka adalah atas ajakan suaminya sendiri.

Tambahnya, memandangkan dia dan anak-anak sudah menjamah makanan disediakan, dia menawarkan untuk membayar kepada tuan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat jemputan ‘open house’ melalui orang tengah, itu pun lepas satu pejabat bercerita! Wanita yakin rakan sekerja sekadar ‘ajak-ajak ayam’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu dilayan seperti raja di rumah terbuka, isteri jadi ‘khadam’ ulang-alik ambil makanan - “Aku benci keadaan tu!”

"Aku jawab balik, eh maaflah saya tak tahu. Ini suami yang ajak. Macam mana ye, nak kena bayar ke? Saya bayarlah makcik berapa saya makan dengan anak-anak," ujarnya.

Bagaimanapun, tuan rumah yang juga ibu angkat kepada suaminya kemudian memberitahu agar tidak perlu risau tentang bayaran dan menganggap ia sebagai rezeki mereka sekeluarga.

"Makcik itu jawab tak apalah rezeki korang anak-beranak dapat merasa. Makanlah, jangan segan-segan," katanya.

Jelas wanita itu lagi, kata-kata makcik itu masih bermain di fikiran sehingga dia bertanya sekali lagi kepada suami tentang jemputan rumah terbuka tersebut.

  • Seorang Wanita hadir ke majlis rumah terbuka bersama suami dan anak-anak, menyangka jemputan itu untuk sekeluarga.

  • Namun selepas makan, tuan rumah menegur dan memaklumkan hanya suaminya sahaja yang dijemput.

  • Wanita itu panik dan memohon maaf, malah sanggup membayar kerana hadir atas ajakan suaminya.

  • Tuan rumah menolak dan menganggap ia rezeki untuk mereka sekeluarga.

  • Wanita itu serba salah dan tidak tenang memikirkan hukum menjamah hidangan tanpa jemputan tuan rumah.

Dia bingung apabila suaminya menjelaskan jemputan tuan rumah adalah untuk seisi keluarga. 

"Dah lah lemang dan rendang daging tu sedap tapi kira haram la kan makanan kita makan tu kalau tuan rumah kata macam itu," luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat ia mungkin salah faham komunikasi antara tuan rumah dan suaminya.

Selain itu, ramai menasihatkan agar wanita itu tidak terlalu memikirkan perkara tersebut dan lebih berhati-hati sebelum menghadiri sebarang jemputan diterima suami.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Kalau saya jadi awak, saya akan berdiri dan bertanya dengan suara jelas pada suami, betul ke makcik cuma jemput you seorang? Biar terbeliak mata dan terlopong mulut makcik itu.

"Tolong blacklist rumah dia, jangan pergi dah," antara komen netizen.

Memetik perkongsian di laman Pejabat Mufti Wilayah, para ulama mengharamkan seseorang yang hadir ke kenduri tanpa dijemput, jika diyakini tuan rumah tidak reda dengan tersebut.

Adapun jika yakin tuan rumah reda dengan kehadiran tersebut, contohnya dia merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun terlupa untuk menjemput kita; maka dalam keadaan tersebut ia tidak diharamkan.

Artikel Lain