suria

Suami mahu dilayan seperti raja di rumah terbuka, isteri jadi ‘khadam’ ulang-alik ambil makanan - “Aku benci keadaan tu!”

Segelintir suami mengharapkan isteri untuk mencedok makanan buat mereka. -Gambar hiasan AI

MENJADI lumrah dalam rumah tangga, seorang suami pastinya mendambakan layanan istimewa yang penuh kasih sayang daripada isteri.

Namun, wujud segelintir lelaki pemalas yang mengambil kesempatan atas kebaikan isteri sehingga mahu segalanya 'disuap' kepada mereka.

Menurut seorang wanita, dia juga bengang mengenangkan sikap suaminya yang mahukan layanan khas ketika mereka berkunjung ke sebuah acara rumah terbuka sempena hari raya.

Banyak majlis rumah terbuka dianjurkan sepanjang Syawal. -Gambar hiasan AI

"Apabila pergi ke rumah terbuka, kena layan suami macam raja. Dia duduk je dekat meja. Kau pula? Duduk bangun, duduk bangun kena melayan si suami.

"Tak sempat aku nak makan dah kena balik sebab dia dah siap makan. Siapa pernah hadap benda ni? Aku benci keadaan tu," tulis wanita itu menerusi aplikasi Threads.

Perkongsian itu dihujani lebih 400 komen netizen, terutamanya kaum Hawa yang berkongsi kisah mengenai suami masing-masing.

  • Wanita mengadu tentang sikap pemalas suami ketika hadir rumah terbuka.
  • Menurut wanita itu, dia bengang terpaksa ambil makanan untuk suaminya.
  • Dakwa wanita itu, suaminya hanya duduk di meja menanti makanan dihidangkan untuknya.
  • Ramai pelayar Threads tampil berkongsi kisah mengenai sikap suami masing-masing.

"Situasi saya berbeza. Suami saya pula akan ambilkan makanan untuk kami berdua. Dia suruh saya duduk je.

"Kami suami isteri ambil makanan masing-masing je. Apa yang dia nak makan tak sama dengan selera saya.

"Ya Allah, saya pun kena juga. Siap kena ambilkan makanan untuk ibu dan ayah mentua," tulis beberapa pelayar Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambut

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami pemalas, suka reka cerita nak nampak hebat...Wanita mula tawar hati, penat buat 4 kerja serentak!

Dalam pada itu, seorang lagi individu turut memberi pesanan kepada pengadu agar tidak membiarkan diri terus 'dibuli' suami.

"Jangan beria layan suami macam raja. Padahal dia pun ada kaki. Kena berpada-pada. Kalau dah buat sekali, sampai bila-bila dia mengharapkan macam tu.

"Nanti ada anak pun akan berterusan lagi. Dia seronok makan, awak pula bersusah jaga anak. Banyak saya lihat suami yang dilayan macam raja.

"Kalau perempuan beria bagi layanan macam ni, mula la lelaki tu jadi tiada empati. Hati kita kena 'kering' sikit dengan lelaki ni," pesan wanita itu pula.

Artikel Lain