MASALAH pasangan pengotor juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga seperti mana berlaku kepada wanita ini yang tertekan dengan tabiat suami.
Menurut perkongsian wanita itu, suaminya dikatakan hanya mandi dua hari sekali dan kadang-kadang tidak menggunakan sabun.
Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan hanya menggosok gigi seminggu sekali selain jarang mencuci rambut.

Tidak menjaga kebersihan dan penampilan boleh menyebabkan pasangan berasa geli. -Gambar hiasan
"Kuku dibiarkan panjang dan kotor dulu baru nak potong. Semua benda pun nak kena suruh dan berleter dahulu.
"Itu pun kadang ikut, kadang tak. Saya tak tahu la sampai bila boleh bertahan. Tak kan nak bercerai sebab benda remeh macam ni?
"Saya pun penat benda asas pun nak kena suruh dan paksa dulu. Hati saya ni dah banyak kali sakit sebab benda macam ni," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami pengotor, malas teruk! Kencing di singki dapur, pakai seluar dalam tak basuh... Isteri stres, cerai pun tak kisah
ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bernanah ‘bawah’ tu” - Isteri stres suami pengotor warisi sikap mentua, suka guna tuala tak cuci
Masalah yang dialami ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan pendedahannya.
Malah, ada juga yang memberi cadangan tentang langkah yang boleh diambil wanita ini untuk menyelamatkan rumah tangganya.
"Dulu bercinta macam mana? Tak kan la awak rendahkan masa pilih ciri-ciri lelaki idaman sebab sayang. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Jadi faham-faham je la iman tu ada ke tak.
"Kak ni bukan hal remeh. Macam mana kau boleh hidup dengan suami pengotor macam ni? Asas kebersihan pun dia tak boleh jaga macam mana la nak jaga anak bini," komen netizen.
- Seorang wanita tertekan kerana suaminya jarang mandi, gosok gigi dan tidak cuci rambut.
- Suaminya juga biar kuku panjang, kotor dan hanya bersihkan diri bila disuruh.
- Isteri penat mengingatkan hingga rasa rumah tangga 'terancam'.
- Netizen anggap isu kebersihan bukan hal remeh kerana mencerminkan tanggungjawab.
- Usaha isteri ajak mandi bersama gagal kerana suami hanya mandi lewat malam.
Apabila ada yang bertanya mengenai solat suaminya setiap hari, dia memilih untuk enggan mengulas lanjut.
Selain itu, wanita ini menjelaskan bahawa dia ada mengajak suaminya untuk bersihkan diri dengan mandi bersama.
Namun perkara itu sukar dilakukan dengan kerap kerana dia berdepan kekangan lain seperti perlu menguruskan anak kecil.

Segelintir netizen yang memberi respons pada hantarannya.
"Sebenarnya setiap malam saya akan ajak dia mandi. Kenapa malam? Sebab memang malam je dia baru mandi itu pun pukul 2 atau 3 pagi.
"Tidur dulu lepas tu saya kena kejut dia pula bangun mandi sebab 'tidur mati'. Kalau saya tak kejut memang dia tak mandi sampai esok.
"Saya suruh mandi dulu sebelum tidur, dia tak nak. Sekarang nak ajak mandi sama-sama pun susah sebab ada anak kecil," kata wanita itu.


