suria

Ada budak duduk di ‘seat’ dibeli, wanita tak bagi muka! Geram si ibu ‘guna’ anak demi rampas kerusi tepi dalam pesawat

Masalah tempat duduk 'dirampas' penumpang lain dalam pesawat banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

TINDAKAN menukar tempat duduk ketika menaiki kapal terbang masih berlaku dalam kalangan penumpang walau amalan ini tidak sangat tidak digalakkan.

Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila tempat duduk yang dibeli lebih awal dipercayai tepi tingkap cuba 'dirampas' penumpang lain dengan cara meletakkan anaknya yang masih kecil.

Menurut wanita itu, dia biasanya tidak keberatan untuk mengalah tetapi mempunyai alasan untuk bertegas pada hari kejadian.

Kerusi tepi tingkap dalam pesawat digemari kebanyakan penumpang. -Gambar hiasan

"Selalunya saya okay je mengalah sebab malas nak fikir tapi semalam (Jumaat lalu) saya terlalu penat jadi memang nak duduk belah tepi.

"Senang nak tidur. Jadi saya pun tegur la sorry ma'am, my seat. Terus menggelabah anak dia. Siap pakaikan seat belt dah," ujarnya di laman Threads.

Menurut wanita ini, dia tetap dengan pendirian untuk mengambil semula haknya yang sudah menempah tempat duduk di bahagian tepi.

ARTIKEL BERKAITAN: Punggung besar, tak muat nak duduk… Model tuntut syarikat penerbangan buat kerusi lebih selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jumpa ‘Si Tanggang’ moden dalam pesawat, tiba-tiba jadi ‘batu’ apabila diminta tunjuk pas penerbangan

"Boleh dia buat tak nak bangun. Tapi saya berkeras, baru la nak tukarkan anak dia. Tolong la jangan suka hati tukar-tukar tempat duduk ni.

"Andai kata terjadi apa-apa, orang nak kenal pasti kita berdasarkan tempat duduk kita tau," ujarnya.

  • Seorang wanita marah tempat duduk tepi tingkapnya cuba diambil penumpang lain.
  • Dia biasanya mengalah, tapi kali ini bertegas kerana terlalu penat.
  • Penumpang terbabit enggan berganjak pada awalnya sebelum akhirnya menyerahkan tempat duduk.
  • Netizen setuju tindakan wanita itu dan minta orang jangan suka-suka tukar tempat duduk.
  • Ada yang ingatkan risiko insurans dan keselamatan jika tukar tempat tanpa maklumkan syarikat penerbangan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya.

Dalam pada itu ada juga warga maya yang memberi peringatan secara terbuka buat orang ramai.

"Mereka sepatutnya sudah rancang lebih awal. Nak duduk sama-sama? Jadi beli la seat tersebut, buka 'rembat' orang punya.

Komen netizen.

"Tali pinggang dalam pesawat tu tak selamatkan awak daripada mati pun kalau pesawat terhempas tapi lebih mudah nak buat pengecaman jasad dekat tempat duduk. Jadi elakkan daripada tukar tempat dengan orang lain.

"Kalau jadi apa-apa masa dalam pesawat dan awak tukar seat tanpa maklumkan syarikat penerbangan, insurans tak cover.

"Yang ada anak dan pasangan tolong la beli tempat duduk tu siap-siap kalau memang nak duduk berdekatan. Jangan susahkan penumpang lain. Sudah penat angkat bagasi kemudian dalam pesawat nak berdepan masalah macam ni," komen beberapa netizen.

Artikel Lain