KEBANYAKAN anak muda masa kini lebih gemarkan majlis perkahwinan yang minimalis dan mengikut bajet.
Namun dalam kes tertentu disebabkan desakan keluarga, ada yang terpaksa membuat pinjaman kewangan seperti kisah yang dikongsikan lelaki ini.
Menurutnya, situasi yang dialami pasangan baru berkahwin itu mengakibatkan rumah tangga yang baru dibina dibebani hutang sehingga tempoh 10 tahun.
"Majlis kahwin cuma dua, tiga hari... selepas itu, hidup derita tanggung pinjaman kewangan untuk buat majlis kahwin," ujarnya ringkas sambil berkongsikan tangkap layar rintihan pasangan berkenaan.

Tanggungjawab lelaki lebih besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan
Dia yang dikenali sebagai Nizam berkata, segalanya berpunca daripada sikap bapa pengantin perempuan yang mahu membuat majlis di hotel dan menjemput saudara mara serta ramai kenalan.
Malah katanya, wanita tersebut turut meluahkan rasa kesal kerana pasangannya tidak lagi ceria seperti yang dikenali sebelum ini.
"Saya baru berkahwin enam bulan, sepanjang tempoh ni, saya lebih banyak menangis daripada gembira.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak kahwin tapi tak berduit, mak ayah kerja kilang pinjam Ah Long! Selesai majlis boleh pula bawa isteri honeymoon
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita syukur hidup bahagia walau kahwin buat 'personal loan' 20K... Bakal pengantin diminta tak contohi pasangan ini
"Semua bermula sebelum kahwin, parents saya paksa buat loan untuk majlis sedangkan kami berdua kerja biasa sahaja... suami kerani dan saya pula kerja kontrak kerajaan.
"Saya dah cakap nak buat majlis kecil dan panggil dalam 100 orang tapi mereka tak setuju sebab katanya ramai saudara mara dan kawan yang akan kecil hati," demikian luahan hati wanita berkenaan seperti dikongsikan Nizam.
Lebih menyedihkan apabila keluarga wanita itu turut mempersoalkan kemampuan bakal menantu kerana ingin mengadakan majlis secara kecil-kecilan.
Desakan dan persoalan berkaitan isu kewangan membuatkan dia sebagai bakal pengantin lelaki berkecil hati dan menurut kata.
- Terpaksa berhutang 40K demi majlis kahwin mewah.
- Bakal pengantin tertekan keluarga tolak majlis kecil.
- Pasangan itu kini terbeban hutang 10 tahun.
- Suami murung, isteri menyesal.
- Netizen kecam ibu bapa, nasihat ikut bajet.
Jelas pengadu lagi, suaminya yang ketika itu bergelar tunang bertindak duduk semeja dan berbincang tentang jemputan yang ingin dibuat keluarganya.
"Lepas kira-kira, ada 1,000 orang dan mereka nak buat dekat hotel, jadi parents saya cadangkan supaya buat personal loan RM40,000 kalau nak kahwin.
"Pendek cerita, suami buat loan dan majlis pun selesai, parents gembira sebab tetamu puji majlis grand.
"Tapi sekarang, kami yang struggle nak bayar, suami balik kerja terus buat GrabFood dan saya jual dropship tapi 'sendu'," katanya, sambil menambah suami yang dahulunya ceria berubah 100 peratus.

Warga maya meluahkan rasa geram dan marah terhadap ibu dan ayah pasangan pengantin terbabit.
Menurut wanita itu lagi, suaminya lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur apabila berada di rumah.
Malah dia turut menzahirkan rasa kesal kerana menurut kata ibu dan bapa sehingga terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan tertekan.
Luahan yang dikongsikan itu mendapat perhatian netizen dengan kebanyakannya meluahkan rasa geram terhadap sikap ibu bapa pasangan terbabit.
"Aniaya kalau ada mak bapa berfikiran macam ni.
"Tolonglah elakkan buat pinjaman peribadi untuk berkahwin, memang kita kena buat baik pada mak ayah tapi kalau memudaratkan, itu tak wajib.
"Masa saya nak kahwin dulu pun, saya tegas untuk ikut bajet sendiri sebab duit tak banyak," demikian reaksi warga maya.


