KATA orang, doa seorang isteri terhadap pasangannya akan mudah dimakbulkan.
Hantaran seorang wanita yang menceritakan kisah hidupnya mungkin boleh menjadi bukti bahawa ungkapan tersebut adalah tepat.
Segalanya bermula selepas dia mendoakan suaminya diberi balasan ketika pergaduhan berlaku antara mereka.
"Masa bergaduh memang dia buat sesuatu yang buat maruah aku tercabar sangat tapi aku diam membatu.

Pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan
"Dalam hati aku berdoa sepenuh hati, ya Allah, Kau bagilah balasan pada suami aku atas apa yang dia buat pada aku hari ini.
"Aku tak tahan sangat dah, aku terasa sangat-sangat dengan dia, bagilah balasan pada dia tapi jangan sampai menyusahkan aku," kongsinya di laman Threads.
Katanya, doa tersebut dibuat sepenuh hati dan dalam keadaan menangis.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri doa suami durjana cepat mati! Dendam curang belum padam, kini culas nafkah pula
ARTIKEL BERKAITAN: Suami T20 abai famili, sibuk main golf! Isteri baru habis pantang doa Allah bagi balasan setimpal, letih makan hati
Tidak lama selepas itu, suaminya diuji dengan rezeki yang tersekat sehingga hampir dipotong gaji.
"Pendapatan dia tiba-tiba terjejas, ditambah dengan pelanggan yang tak puas hati dengan hasil kerja dia.
"Masa tu dia memang terduduk sebab tu pertama kali diuji, dua hari nampak dia susah hati sehingga aku terfikir apa yang berlaku adalah jawapan daripada doa," luahnya mengakui kesal dengan apa yang telah dilakukan.
- Doa seorang isteri ketika marah boleh dimakbulkan Allah dengan cepat.
- Wanita ini doa agar suami diberi balasan, suaminya diuji rezeki terjejas dan hampir dipotong gaji.
- Selepas doa semula agar dipermudahkan, Allah pulihkan rezeki suami sekelip mata.
- Dia serik untuk mendoakan keburukan, kini lebih berhati-hati sebelum berkata atau berdoa.
- Netizen turut kongsi pengalaman sama, doa mereka terhadap suami juga pernah ‘kena’ terus.
Bimbang suaminya terus diuji dengan kesempitan dan kesukaran dalam pekerjaan, wanita itu menitipkan doa supaya keluarganya dilimpahkan dengan rezeki.
"Aku terus cepat-cepat berdoa pada Allah supaya limpahkan balik rezeki suami dan perbaiki semua urusan dia.
"Esoknya, Allah baiki semuanya balik, bos dia tak jadi potong gaji dan pelanggan yang tak puas hati tu diamkan isu yang terjadi," tambahnya yang menyedari bahawa doanya sebagai seorang isteri dimakbulkan oleh Allah.

Warga maya turut berkongsi kesan doa yang pernah dititipkan pada suami.
Insiden yang berlaku itu membuatkan dia serik untuk mendoakan kecelakaan kepada suaminya.
Malah katanya, dia sentiasa berfikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sehingga menyukarkan kehidupan suami dan keluarga.
Hantaran yang dibuat itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
"Pernah terkecil hati dengan suami sebab bagi nafkah tak cukup, tak lama lepas tu motor dia rosak, kena bayar RM300 untuk baiki.
"Suami aku sibuk melepak dengan kawan kolej malam-malam, aku geram, masa dia kena demam denggi dan berminggu-minggu kena wad, seorang pun kawan dia tak datang, terus aku 'bahasakan' dia.
"Saya percaya sebab doa saya Allah dah makbulkan, sekarang diuji dengan kewangan, rezeki terjejas," demikian antara reaksi warga maya.


