suria

Mahu rumah nampak cantik, bersih... Individu letak tong sampah di kediaman jiran, siap tolong buatkan tapak simen

Sikap penting diri jiran boleh mencetuskan pergaduhan. -Gambar hiasan

TINDAKAN dan sikap penting diri jiran yang membuat pengubahsuaian kediaman secara berlebih-lebihan sehingga masuk ke tanah orang lain menimbulkan rasa kurang senang seorang wanita.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mendakwa jirannya membina rumah 'dari hujung ke hujung' sehingga menjejaki jalan.

Apa yang membuatkan wanita ini tidak puas hati apabila jirannya turut membina tapak khas tong sampah yang siap disimen di bahagian hadapan rumahnya.

Ada penghuni tidak mengamalkan semangat kejiranan. -Gambar hiasan

"Jiran buat rumah dari hujung ke hujung dari depan rumah sampai jejak jalan. Tu tak kisah, lantak dia la.

"Masalahnya tong sampah dia letak depan rumah kita. Siap simen lagi untuk letak tong sampah dia. 

"Geram betul rasa. Rumah dia nak bersih, rumah kita pula dia letak tong sampah," tulisnya dalam luahan di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pelik pasangan berubah lepas ada jiran baharu, rupanya skandal isteri... Jalin hubungan intim hingga hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran baru pindah rupanya sedang terseksa, cerita semua sikap buruk suami masa 'house warming' - "Mereka dah 3 bulan kahwin"

Selain meletakkan semula tong sampah di ruang bersimen itu jika dialihkan, jiran tersebut turut membina tapak simen khas di bahagian tengah untuk laluan masuk ke pagar rumahnya.

"Geram betul saya. Kawasan tengah (ruang) dia buat simen terus untuk laluan dia masuk parkir kereta dalam pagar.

  • Seorang wanita tidak puas hati jiran bina tapak tong sampah depan rumahnya.
  • Jiran bina rumah hingga jejak jalan dan alihkan tong ke kawasan rumah pengadu.
  • Wanita kesal rumah jirannya bersih tapi tong sampah diletak di rumahnya.
  • Tapak simen juga dibuat untuk laluan masuk ke pagar rumah jiran.
  • Netizen sarankan buat aduan rasmi kepada PBT, bukan di media sosial.

"Jadi tinggal bahagian saya je. Dia simen siap-siap untuk letak tong sampah dia. Geram betul," ujarnya.

Di ruangan komen, netizen menyarankan agar isu itu tidak dibangkitkan di media sosial

Sebaliknya warga maya mencadangkan supaya pengadu membuat aduan rasmi kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Komen beberapa netizen di Threads.

“Jangan report sini, buat aduan dekat majlis perbandaran. Mana boleh buat perubahan pada kawasan rumah orang. Awak tuan punya (kawasan) ada hak pecahkan sebab masuk tanah awak.

"Kalau nak jahat lagi ambil gambar dan hantar ke saluran PBT. Kalau saya dan jiran elok je ada kawasan tengah antara kami jadi kami sama-sama letak dekat situ," komen beberapa netizen.

Artikel Lain