suria

Duit upah ‘dikaut’, pengasuh mengaku tak sabar jaga budak... Canang anak asuhan kuat meragam! ‘Babysitter’ otai beri teguran pedas

Tugas seorang pengasuh sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan

CABARAN mengurus, menjaga bayi atau anak kecil sememangnya bukan calang-calang dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh menjadi punca kepada tekanan yang mendorong tindakan luar kawalan, seperti kes penderaan.

Tular di laman Facebook perkongsian seorang pengasuh yang meluahkan rasa tertekan apabila anak asuhannya terlalu banyak kerenah dan asyik meragam sehingga menguji had kesabarannya.

"Macam mana ya nak sabar dengan perangai anak asuhan yang kadang-kadang nangis macam kena pukul? Kita 'hilang' sikit masuk bilik air, nangis. 

"Pakai tudung nak sidai baju dekat luar pun nangis, nak mandikan dia pun nangis. Tolong bagi tips sabar paling tinggi jaga anak macam ni boleh?" tulisnya. 

Kebanyakan ibu bekerjaya kini menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan tugas. -Gambar hiasan

Walaupun niatnya mungkin sekadar mahu meluahkan rasa dan meminta pandangan, hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Ramai mengecam tindakan pengasuh itu dan menganggap dia tidak layak diamanahkan untuk menjaga anak kecil sekiranya tidak mampu mengawal emosi.

Malah, segelintir pengguna turut meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak yang dijaga, kerana dikhuatiri menjadi mangsa tekanan emosi dirinya yang gagal dikawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia

ARTIKEL BERKAITAN: Lima jam mengasuh dua budak diupah RM30, disuruh pula buat kerja rumah... Lelaki bengang isteri dianiaya jiran sendiri!

Seorang individu turut terpanggil menyuarakan teguran kepada pengasuh berkenaan berdasarkan pengalamannya, memandangkan dirinya juga merupakan pengasuh.

"Sebagai babysitter, tak pernah bila anak asuhan ada, waktu itulah aku nak masak, basuh baju, sidai baju, basuh tandas, periuk belanga... tak pernah!

"Sebelum anak asuhan sampai pukul 7 pagi, saya dah bangun pukul 5 pagi untuk buat kerja rumah dan solat Subuh termasuk masak sarapan dan hidangan tengah hari.

"Pukul 6.40 pagi, saya dah ready nak sambut anak asuhan datang. Saya akan sediakan tilam sebab diaorang sampai akan sambung tidur biasanya. Macam mana makcik Facebook ni boleh buat kerja waktu ada anak asuhan?" tulis individu itu lagi. 

  • Seorang pengasuh tular di Facebook selepas luahk rasa tertekan dengan kerenah anak asuhan yang kuat menangis.

  • Luahan itu mengundang kecaman netizen yang anggap pengasuh tersebut tidak layak menjaga anak kecil jika tidak mampu kawal emosi ketika bekerja.

  • Seorang pengasuh berpengalaman tegur pengasuh tersebut, tekankan pentingnya disiplin dan bijak urus masa.

  • Dia berkongsi rutinnya yang bangun seawal 5 pagi untuk selesaikan kerja rumah sebelum fokus jaga anak asuhan. 

  • Dia saran ibu bapa untuk lebih teliti mencari pengasuh supaya anak berada dalam persekitaran selamat dan terurus.

Justeru, dia menyarankan para ibu bapa supaya memilih pengasuh yang tepat sebelum menyerahkan anak mereka untuk berada di bawah jagaan individu tersebut. 

"Untuk parents, try la hantar daily dulu untuk test pengasuh. Tengok rumah dia masa berbincang tu, kemas atau tak, selamat atau tak, bersih ke kotor," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, warga maya turut menyokong pandangan individu tersebut malah memujinya kerana menjalankan tugas sebagai pengasuh dengan amanah.

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Ya ini betul! Macam orang kerja ofis, masa tu ke dia memasak, sidai kain? Alasan bang**g. Dalam waktu bekerja, rancang masa anda sebelum anak asuhan masuk.  

"Awak macam kakak angkat saya masa jadi babysitter. Dia betul-betul disiplin sebagai babysitter. Sebab tu anak-anak dia berjaya, begitu juga anak-anak asuhan.

"Sejenis jadi pengasuh nak duit je, hamba duit. Kalau pengasuh yang betul-betul tahu kerja dia apa, dia tak kan minta tip bodoh macam ni," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain