suria

“Anak saya menangis, kawannya terkencing dalam seluar” - Ibu dakwa guru tumbuk, hantuk kepala 2 murid bergaduh di kelas

Tugasan mendidik dan mengajar murid menuntut tahap kesabaran tinggi . -Gambar hiasan

KERJAYA seorang guru sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan pelbagai kerenah anak murid.

Di Threads, seorang wanita berkongsi kisah anaknya yang didakwa dikasari oleh seorang guru atas kesilapan yang dilakukan sewaktu berada di dalam kelas.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh guru tersebut adalah keterlaluan kerana membabitkan sentuhan fizikal.

Sekolah menjadi tempat untuk murid menimba ilmu dan belajar perkara lain tentang kehidupan. -Gambar hiasan

"Anak balik bercerita kena tumbuk dengan cikgu. Saya pun terkejut. Tarik nafas panjang, tanya dia elok-elok.

"Kenapa cikgu buat macam tu, along ada buat salah apa-apa ke masa kelas cikgu tu?" dia memulakan cerita di laman Threads.

Menurut apa yang dimaklumkan oleh anaknya, wanita itu berkata segalanya bermula apabila seorang rakan datang memukul kepalanya ketika dia sedang menyiapkan tugasan yang diberikan guru terbabit.

"Anak saya jawab, masa tu tengah siapkan kerja yang cikgu tu beri. Sambil buat kerja, dia pun bersembang dengan kawan.

"Tak semena-mena, ada seorang kawan lain menerpa ke anak saya dan tempeleng kepala dia.

"Anak saya dengan terkejutnya marah kawan dia tu. Kenapa kau pukul kepala aku?" sambungnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru didakwa belasah anak yatim piatu nakal... Sepak muka sampai lebam, rentap rambut seret masuk pejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup maki hamun, pelajar baling kerusi ke arah cikgu dalam kelas - “Sakit kepala saya”

Bagaimanapun, tindakan guru tersebut ternyata mengejutkan apabila dia didakwa tidak mampu mengawal emosi dan bertindak ganas terhadap murid-muridnya.

"Tiba-tiba cikgu yang waktu tu tengah scroll phone, bangun dan tumbuk kepala anak saya dan kawannya.

"Tak cukup dengan itu, cikgu tu pulas telinga kedua-duanya dan lagakan kepala mereka.

"Anak saya menangis, kawannya pun menangis. Akibat ketakutan, dia terkencing dalam seluar sekolah," ujar ibu kepada kanak-kanak 11 tahun itu.

Sebaik sahaja mendengar cerita anaknya, dia bercadang untuk menghubungi guru terbabit bagi mendapatkan pencerahan atas apa yang berlaku.

  • Seorang murid mengadu kepalanya ditumbuk oleh guru kerana pergaduhan kecil dengan rakan sekelas.
  • Guru turut pulas telinga, melagakan kepala kedua-dua murid, sehingga salah seorang terkencing dalam seluar akibat ketakutan.
  • Ibu murid dakwa tindakan itu sangat tidak wajar dilakukan oleh guru.
  • Dia bercadang menghubungi guru terbabit bagi mendapatkan penjelasan namun dilarang anaknya.
  • Netizen berpendapat wanita itu perlu mendengar kedua-dua belah pihak sebelum melakukan justifikasi.

"Bila anak saya bercerita, sudah pastilah saya marah dan kecewa. Saya nak hubungi cikgu tersebut untuk tahu cerita daripada kedua belah pihak, tetapi anak saya melarang.

"Katanya takut dia kena aim, dan nanti jadi kecoh di sekolah," tambah wanita itu lagi.

Menyifatkan tindakan guru tersebut sebagai melampau, wanita itu mendedahkan dirinya juga pernah dihukum ketika zaman sekolah, namun berbeza sama sekali dengan apa yang dialami oleh anaknya.

"Saya dulu pun di sekolah, pernah sahaja cikgu rotan dan denda. Tetapi tidaklah sampai mencederakan.

"Saya faham itu semua untuk tujuan mendidik dan jadi 'orang'. Tetapi apa yang terjadi kepada anak saya, saya rasakan sangat keterlaluan. Anak saya sampai sakit kepala balik rumah.

"Anak saya perlu menduduki satu lagi kertas percubaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Kalau tuan puan di tempat saya, apa yang tuan puan akan lakukan?" katanya.

Antara komen netizen

Menerusi ruangan komen, ada netizen tampil menceritakan pengalaman serupa.

"Saya pernah ada pengalaman, anak kena hempuk kepala dengan ustaz guna songkok. Sampai kemek songkok dan dahi lebam. Pengakuan daripada ustaz sendiri, kena hempuk sebab lambat keluarkan buku je.

"Saya WhatsApp pengetua terus. Tapi 'get ready' la anak kita tu diabaikan atau aim.

"Subjek ustaz ajar tu memang selalu je dapat markah rendah. Mungkin hilang keberkatan kan. Tapi apa pun, saya tak pernah menyesal sebab report hal ni dekat pengetua," katanya.

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa orang luar mungkin lebih mengenal sisi lain kanak-kanak yang tidak diketahui ahli keluarga.

"Saya rasa elok puan pergi sekolah dan jumpa guru besar untuk tahu perkara sebenar. Cerita anak puan ni macam hebat sangat bunyinya, cikgu hantukkan kepala dua orang murid.

"Zaman sekarang ada lagi ke cikgu berani buat begitu? Sekarang cikgu pun tak mahu kena SisPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam).

"Takutnya ada plot twist tentang cerita anak puan ni. Anak kita mungkin anak yang paling baik di rumah, tetapi di sekolah belum tentu," antara komen netizen.

Artikel Lain