Kemudahan yang bagus menjadi antara faktor seseorang tertarik untuk membeli sesebuah kediaman. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki dilaporkan menjual apartmennya di sebuah projek hartanah popular selepas tidak tahan dengan masa menunggu lif yang mencecah hampir 20 minit setiap hari.Menurut laporan media tempatan, lelaki dikenali sebagai Ma, mengambil keputusan menjual apartmen miliknya yang terletak di Hangzhou, China itu biarpun menanggung kerugian lantaran tidak mahu kualiti hidupnya terjejas. Dia memaklumkan bahawa tempoh menunggu lif yang terlalu lama serta gangguan bunyi bising pada waktu malam memberi kesan besar terhadap kehidupan hariannya.Ma berpindah ke apartmen tersebut pada tahun 2023 selepas berjaya memperolehnya melalui sistem loteri, yang menyaksikan puluhan ribu pemohon bersaing untuk mendapatkan unit dalam projek hartanah yang sangat diminati itu.Pada ketika itu, keluarganya berasa amat gembira dan menganggap Ma sangat bertuah kerana berjaya memperoleh apartmen berkenaan.Oleh sebab itu, mereka tidak memahami kepustusannya untuk menjual rumah tersebut, malah menganggap langkah itu sebagai satu pembaziran memandangkan unit tersebut diperoleh secara kebetulan melalui sistem loteri.Namun begitu, Ma tetap bertegas dengan keputusannya untuk menjual apartmen tersebut."Saya tidak mahu terus membuang masa saya, dan saya tidak akan mengejar hartanah popular secara membuta tuli pada masa hadapan," katanya. Ma menambah bahawa rumah sepatutnya menjadi tempat untuk didiami dengan selesa, dan kebahagiaan tinggal di situ adalah lebih penting daripada faktor lain. -Agensi