suria

Keadaan Along Eyzendy makin kritikal, organ dalaman tidak kuat

Tahap kesihatan Along semakin merosot.

PELAKON Zalif Sidek memaklumkan keadaan terkini aktor Along Eyzendy yang dilaporkan semakin merosot selepas terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Tapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut. 

Menurut maklumat yang diterima daripada adik Along iaitu Amy Eyzendy, organ dalaman pelakon itu diikatakan sudah tidak lagi kuat dan pihak hospital tidak mampu melakukan sebarang tindakan kecemasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

"Sekarang doktor dah tak bagi lagi untuk emergency respons kalau apa-apa terjadi sebab organ dalaman Along dah tak kuat. 

Along kini menerima rawatan di ICU.

"Sekarang ini doktor minta kita doakan dan reda apa-apa terjadi dekat Along. 

"Pasukan perubatan sudah buat yang terbaik," katanya. 

Zalif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Along Eyzendy terpaksa ditidurkan di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Along Eyzendy kritikal di ICU, tahap kesihatan semakin merosot

Dalam pada itu, Zalif memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat sahabatnya serta memaklumkan bahawa Along kini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

"Mohon semua berdoa untuk sahabat kita Along semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. 

"Kepada sahabat dan kenalan yang ingin melawat Aling boleh ke Hospital Serdang," ujarnya.

Sahabat dan rakan artis boleh melawat Along di Hospital Serdang.

Pada Khamis, keadaan Along dilaporkan semakin kritikan selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Isteri kepada Along, Hamidah Mohd Yatim berkata keputusan menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut, namun doktor masih belum mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut berlaku. 

Pada 30 Januari lalu, Along dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain