PELAKON Datuk Rosyam Nor tidak mengambil hati terhadap kecaman yang diterima susulan dakwaan cara penyampaiannya yang agak kasar ketika mengendalikan podcast Hitam Putih Kehidupan menerusi sesi temu bual bersama aktres veteran, Mak Jah.Menurut Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, kebanyakan individu yang mengkritik sebenarnya tidak menonton keseluruhan kandungan podcast tersebut. Katanya, dia tidak melihat komen negatif tersebut sebagai satu kesalahan besar, malah menyedari sepenuhnya pendekatan yang digunakan dalam mengendalikan program berkenaan.Rosyam menerima kritikan secara terbuka.“Sebenarnya yang komen itu mereka tak menonton pun. Tapi perlu juga orang seperti mereka. Barulah ‘view’ video saya naik. Barulah algoritma bergerak. “Jadi saya tak salahkan pun mereka nak cakap saya kurang ajar atau apa. Saya tahu apa yang saya buat. “Saya berterima kasih kepada yang memberikan komen kerana ia membentuk algoritma yang baik untuk orang menonton episod bersama Mak Jah itu,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Digantung tak bertali hampir 15 tahun, Mak Jah dedah kena kahwin paksa oleh keluarga… “Suami saya pukul sampai pengsan”ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka cadangan rumah pelacuran jadi isu besar, Rosyam Nor mohon maaf tapi minta tonton video penuhDalam pada itu, pelakon filem KL Gangster itu berkata, era media sosial hari ini membolehkan sesiapa sahaja meluahkan pendapat, berbeza dengan zaman awal pembabitannya dalam industri hiburan.Jelasnya, konsep podcast yang dibawanya tidak boleh disamakan dengan format program televisyen konvensional. Sebenarnya yang komen itu mereka tak menonton pun. Tapi perlu juga orang seperti mereka.DATUK ROSYAM NORPELAKON“Zaman sekarang orang boleh bercakap macam-macam. Zaman saya dulu tak ada media sosial, jadi bagi saya, bila mereka tengok podcast saya, itulah saya yang sebenar.“Saya tak boleh buat podcast macam paparan di stesen televisyen. Orang takkan tengok pun. Sebab anda kena faham, dalam masa satu saat, berjuta kandungan keluar di media sosial.“Jadi beginilah saya akan perkenalkan saya punya podcast, dengan cara saya. Kerja saya adalah ‘provoke’, untuk keluarkan apa yang cuba dia sorok. Tapi dalam stesen TV tempatan, tak boleh buat macam itu. Cara itu agak kasar,” ujarnya. Temu bual podcast bersama Mak Jah (kanan) mendapat perhatian ramai.Sebelum ini, menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah membuat pendedahan mengenai episod duka dalam kehidupannya apabila pernah berdepan dengan keganasan rumah tangga serta pengabaian nafkah selama 15 tahun.Mak Jah turut berkongsi pengalaman dipukul oleh suami selepas enggan melayan permintaannya untuk ‘bersama’.Namun, respons balas Rosyam terhadap pendedahan tersebut telah mengejutkan rata-rata netizen sehingga ada yang menuduh pelakon lelaki itu kurang empati terhadap situasi dialami Mak Jah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!